Sabtu, 2009 November 14
Oh, Bai'ah
Isnin, 2009 November 09
Kenangan di Batam 1
Sepanduk Kolokium Seni sempena Kenduri Seni Melayu v, pada 21 Disember 2003, di Sembulang Bandar Seri Purnama, Batam, Riau, Indonesia. Membentang makalah berjudul "Manifestasi Seni Melayu dalam Sastera Kanak-Kanak (kiri) dan menerima cenderahati daripada Sdr Samson Rambah Pasir, diperhatikan Dr Yusmar Yusuf
Selasa, 2009 November 03
JAIS - 'Pengganas' Baru Negara (?)
tu diucapkan oleh Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS).Alasan penahanan ialah kerana bekas mufti itu berceramah tanpa tauliah.
Saya memang tidak bersetuju dengan tindakan JAIS itu, lebih-lebih lagi berkenaan alasan menahan Dr Asri dan cara penahanannya.
Sudah diketahui umum (barangkali pengarah JAIS dan kakitangannya belum tahu) bahawa Dr Asri merupakan sarjana Islam moden, yang kelulusannya dalam bidang agamaIslam lebih tinggi daripada pengarah dan kakitangan JAIS sendiri, bekas mufti di sebuah negeri di Malaysia, dan mengajar ilmu agama Islam (termasuk kepada bakal-bakal kakitangan MAIS / JAIS sendiri) di sebuah institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Dari segi ilmu agama Islamnya sudah terbukti. Mengapakah tokoh seperti ini masih perlu memohon / diberikan surat tauliah setiap kali dijemput menyampaikan ceramah agama.
Apabila diberikan alasan surat tauliah, maka timbul pertanyaan: Apakah tok-tok guru, tok-tok sami, ustaz, para mubaligh dan ibu bapa di Selangor, yang mengajar agama masing-masing, mempunyai surat tauliah. Kalau JAIS mengatakan masih perlu, maka timbul pertanyaan lain: Mengapakah JAIS memberikan surat tauliah kepada Dr Xavier berceramah kepada orang-orang Islam dalam Masjid Lipat Kajang, Kelang, sedangkan Dr Xavier bukan Islam. Jikalau tiada surat tauliah dikeluarkan, mengapakah JAIS tidak menangkap Dr Xavier dan penganjurnya?
Saya yakin bahawa ustaz-ustaz di sekolah (di Selangor dan luar Selangor) yang mengajar subjek Pengetahuan Agama Islam, Tasauf dan menyampaikan ceramah agama kepada murid-murid, tidak mempunyai surat tauliah. Demikian juga tok-tok guru dan ibu bapa yang mengajar anak-anak penduduk kampung mengaji, atau mengajar anaknya mengaji, juga tidak mempunyai surat tauliah.
Saya juga tidak pernah dengar bahawa tok sami, tok Chai dan mubaligh perlu surat tauliah yang membenarkan mereka mengajar agama masing-masing. Tidak pasti juga, adakah MAIK / JAIK di Kelantan mengeluarkan surat tauliah kepada tok sami dan tok chai di Kelantan.
Kalau surat tauliah mengatasi kelayakan lain, maka JAIS dan atau majlis agama Islam setiap negeri perlu mengeluarkan surat tauliah kepada pihak yang berkenaan, termasuk penceramah agama di media elektronik.
Iktibar daripada peristiwa itu, kerajaan Malaysia perlu mereformasikan organisasi dan undang-undang keagamaan. Satu Majlis Agama Islam Kebangsaan perlu ditubuhkan dan bertanggungjawab mentadbir agama Islam di seluruh negeri. majlis agama Islam yang sedia ada dijadikan Jabatan Agama Islam Negeri .... Undang-undang agama Islam juga perlu dipinda dan diseragamkan untuk semua negeri. Surat tauliah yang dikeluarkan layak dipakai di semua negeri.
Dr Asri menyifatkan cara JAIS / Polis menahannya seolah-olah beliau merupakan penjenayah atau penjenayah besar. Cara JAIS / polis menahan Dr Asri seolah-olah memberitahu kepada umum bahawa JAIS kini merupakan institusi 'penjenayah' baharu berkolar putih, sedang bertapak di Selangor. Langsung tidak menggambar sebuah institusi Islam berasulkan Nabi Muhammad SAW. Tindakan JAIS menggambarkan bahawa Islam merupakan agama ganas, dan dipenuhi dengan pelbagai larangan. JAIS bertanggungjawab terhadap imej negatif Islam akibat tindakannya itu.
Adalah aneh, seorang tokoh agama Islam yang terbukti ilmu keislamanannya, diakui oleh kerajaan Malaysia (negara Islam) dan pernah diiktiraf sebagai mufti, rupa-rupanya masih perlu 'diislamkan' dengan surat tauliah dari JAIS.
Saya rasa malu apabila rakan-rakan bukan Islam bertanyakan tentang peristiwa ini: Mengapakah Dr Asri berceramah kepada orang Islam dalam premis individu ditangkap, sedangkan Dr Xavier yang bukan Islam berceramah kepada orang Islam dalam premis awam (masjid) tidak ditangkap? Dalam kepalanya, dari persepsi saya, seolah-olah tergambar bahawa Islam merupakan agama pelik dan 'melarang" itu dan ini sewenangnya.
Justeru, saya berpendapat bahawa JAIS bukan sebuah institusi Islam yang murni. JAIS tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW. Kalau benar telaahan ini, kerajaan perlu bertindak mengislamkan JAIS. Pengarah dan kakitangannya perlu menjalani kursus permurnian akidah Islam.
Puisi Haiku dalam Di Rumah Wiramal
air ini yang memilih bentuk haiku sebagai wadah untuk meluahkan perasaannya. Isnin, 2009 November 02
Sajak Shamsudin Othman

Ahad, 2009 November 01
1 Malaysia Mati Pucuk (?)
Khamis, 2009 Oktober 29
Bantulah Keluarga Adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua.
Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal (4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa - down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL.
Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam! "
Selasa, 2009 Oktober 27
Oh, Guru!

Guru jangan ingat bahawa surat kebenaran ditandatangani oleh ibu bapa itu memberi lesen besar untuk bebas daripada tanggungjawab mengawal keselamatan murid. Dan, surat arahan keluar dari PPD / JPN / sekolah itu akan menyelamat anda.
Dalam kes nasib malang tiga orang murid yang hadir kem perkhemahan kerana jambatan gantung di Sungai Kuala Dipang runtuh pada pukul 10. 30 malam. Anda akan disoal - mengapa penganjur (juga guru) membiarkan murid berkumpul di atas jambatan? Ke mana perginya penganjur? Mengapa tiada pemantauan? Ke mana perginya guru pengiring? Mengapa membiarkan muridnya merayau hingga atas jambatan? Aktiviti apa di atas jambatan tersebut? Siapa membenarkan awak bawa murid? Adakah perkhemahan itu mendapat kebenaran? Adakah perkhemahan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa? Dan, seribu satu pertanyaan akan ditanya.
Anda boleh berseronok, jika tiada malapetaka menimpa. Tetapi, anda akan menghadapi malang jika ada malapetaka menimpa. PPD / JPN / sekolah akan melepaskan tangan. Kepada guru-guru, selamat ambil iktibar.
Saya tahu - guru dan mahaguru di PPD / JPN / IPG / BPG / KPM adalah orang yang suka bersangka, membuat peraturan sendiri dan bercakap bukan atas dasar bukti dan undang-undang, serta suka melebih-lebihkan, dan melarang tanpa hujung dan pangkal. Kepada guru-guru berkenaan, "SELAMAT MALANG." Nanti anda akan tahu sikap majikan anda.
52 Tahun Merdeka, Masih "Mereka-Mereka"
Sabtu, 2009 Oktober 24
Bidan Terjun
Khamis, 2009 Oktober 22
Ulasan Sajak "Tidak Ada"
Kita semak puisi “Tidak Ada” karya Nassury Ibrahim. Inilah satu contoh puisi yang lahir dari keseimbangan yang kuat antara sikap santai dengan serius. Puisi ini, jika kita semak, terasa keras. Tetapi hidup ....
Bentuk puisi ini juga sederhana. Dan ternyata, kesederhanaan itu pun boleh melahirkan isi yang tidak sederhana. Bentuk yang sederhana ini mendukung sikap santai sang penyair dalam menulis puisi ini.
Dari kemasan puitiknya, puisi “Tidak Ada” lebih utuh, lebih padu dan sebati.
Siaran Mingguan Pos Kota, 18 Julai 1986
Ulasan Sajak "Azan"
Bagi seorang muslim yang baik, arah dan tujuan hidup tentulah berpandukan kepada firman Allah, bertakwa, menyembah Allah, bernahi mungkar dan beramar makruf. Tetapi kenyataan kehidupan kita kini, terutama bagi manusia-manusia kota yang sibuk ..., semua itu telah dilanda oleh pelbagai perubahan.
Siaran Mingguan Pos Kota, 4 Julai 1986
Rabu, 2009 Oktober 21
Cerita Pak Kaduk
Seperti biasa Bung Karim keluar dari belakang para kerumunan, berdepan dengan Pak Kaduk.
Selasa, 2009 Oktober 20
Tawar PR kepada Bekas Rakyat Malaysia
Perempuan Manik
berbaju manik bertopi manik,
kata bapak, berjalan
dari pangkal ke hujung
dari hujung ke pangkal
Chiang-Mai Night Bazaar
dia berjalan dan berjalan
dan berjalan, kata bapak,
dari malam ke malam
menjual beraneka manik
di lehernya di tangannya
di telinganya di kepalanya
katanya, "belilah, tuan,
nanti manik-manik ini
akan bertukar jadi emas."
begitu setiap malam, kata bapak,
akan laku perempuan manik
hingga orang-orang yang datang
menjadi biji-biji manik.
Chiang-Mai, Thailand
18 Disember 2005
Jumaat, 2009 Oktober 16
Kontroversi Salam Maria
Aku baru selesai membaca buku ini – Nyanyi Sunyi Salam Maria VS Sarjana Nasi Dingin. Marah benar Dr Fatimah Busu kepada Prof. Dr Ungku Maimunah hingga idea, fakta dan hujahnya berulang-ulang.Telah lama aku beli dan baca novel Salam Maria, sebelum dilancarkan di Institut Perguruan Tuanku Bainun lagi.
Tanpa pengetahuan Dr Fatimah Busu, aku antara orang yang berusaha menganjurkan majlis pelancaran novel Salam Maria. Pada suatu hari, A. Rahman Daud menelefon agar aku menganjur, menyediakan tempat dan persiapan untuk pelancaran dan diskusi novel Salam Maria. Katanya, pembentang telah ada, iaitu PM Dr Noraini Yusuf dari UUM serta Dr. Fatimah Busu sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara bersetuju membiayai.
Masalah aku ialah menyediakan khalayak sebab, kebetulan, dalam semester 2 di IPTB tiada pelajar Melayu kerana mereka menjalani praktikum. Yang ada cuma dua kumpulan pelajar Pengajian Cina dan satu kumpulan pelajar Pengajian Tamil. Novel Salam Maria pula berkenaan agama Islam. Aku minta majlis itu ditunda atau dibuat di tempat lain. Namun, A. Rahman Daud tetap berkeras mahu melancarkannya di IPTB. Mungkin beliau tidak percaya.
Demi menjaga persahabatan, aku bersetuju menganjur, menyediakan tempat dan peserta, dan menyarankan agar beliau membawa khalayak Islam dari luar. Aku memilih dua kumpulan pelajar Cina sebagai peserta dan menetapkan tarikh 14 September 2004 (Sabtu) sebagai tarikh pelancaran.
Malangnya, pada hari pelancaran tiada khalayak dari luar. Hanya aku, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Baharin Ramly, A. Rahman Daud, Hashim dan seorang kawannya serta Prof. Rahman Shaari. Mujur majlis itu berjalan lancar tanpa protes dari peserta, pembentang, penerbit dan penulis, terutama Dr Fatimah Busu. Risau juga aku kerana mengarahkan pelajar bukan Islam datang mendengar perbincangan novel bernafaskan Islam.

Aku anggap novel ini setanding dengan novel Imam (SN Abdullah Hussein) dan Kawin-Kawin (Azizi Haji Abdullah). Pada aku, walau disuluh dengan lampu Persuratan Baru sekalipun, novel Salam Maria masih berkilauan nilai kanun keislamannya, apalagi kalau menggunakan lampu Teori Takmilah. Bukankah aksi-aksi solat dan sujud syukur, mengadu dan memohon pertolongan Allah itu dituntut Allah? itu padangan aku .
Tentu ada sebabnya Prof. Dr Ungku Maimunah berpendapat sebaliknya. Sayangnya, aku tidak tahu sebabnya itu. Aku gagal mendapatkan kesemua kertas kerja Prof. Dr Ungku Maimunah.
Ikrar Bahasa Kebangsaan
Saya siar Ikrar Bahasa Kebangsaan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009). Ikrar ini dipetik dari Majalah Dewan Bahasa, Ogos 1961. Ikrar ini telah dilafazkan serentak di seluruh tanah air oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu pada hari Sabtu, 9hb. Safar 1381 bersamaan dengan 22hb. Julai 1961 pada pukul 5.15 petang tepat.Selasa, 2009 Oktober 13
Sakit Mata
Bibliografi Kritikan Karya
- Drs. Mohamad Daud Mohamad. “Menimba Laut di dalam Kedalaman Lautan Nassury Ibrahim,” Kertas Kerja Seminar Karya Generasi Baru (Genre Puisi), anjuran Bahagian Anugerah dan Penataran Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) pada Sabtu, 18 Julai 1998 di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Nik Dzulkefli bin Haji Ibrahim, “Biografi Penulis Maniyamin bin Ibrahim,” Kerja Kursus BSU 1013 Pengantar Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tahun 2002.
- Sulaiman Azari bin A. Razak, “Nassury Ibrahim dan Rahimidin Zahari Sebagai Penyair Tanah Air,” Kerja Kursus BBK 5202 Analisis Struktur Puisi Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Un iversiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2002/2003.
- Ab. Malek Jusoh, Muhammad Asri Husin, Ahmad Latfi Ahmad Nordin, dan Kula Haji Mamit, “Tokoh Kreatif Encik Maniyamin Ibrahim (Nassury Ibrahim),” Kerja Kursus BBM 331 Penulisan Kreatif, Fakulti Pengajian Bahasa Moden, Un iversiti Putra Malaysua (UPM) Tahun 1997.
- Sahrunizam Abdul Talib, “Singgah Sebentar di Rumah Puisi Nassury,” dlm. Mohammad Saleeh Rahamad dan Luqman Hakim, 2005. Idealisme Penulis Muda. Kuala Lumpur: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
- Zahara bt. Zulkifly, “Puisi-Puisi Nassury Ibrahim: Satu Analisis Stilistik dari Sudut Gaya Bahasa,” Kerja Kursus BBK 5202, Fakulti Pengajian Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM).
- Zaen Kasturi, “Membaca ‘Elipsis’ dan ‘Rahim Hayat’ Menerusi Kacamata Psikologi Harapan,” Kertas Kerja Majlis Bicara Karya Wilayah Timur pada 11 – 13 November 2008 di Cameron Highlands, anjuran DBPWT.
Ahad, 2009 Oktober 11
Rakan Serumah dan Sepengajian (1996 - 1999)
Kenangan Bersama 2PNP
Isnin, 2009 Oktober 05
Reaksi Bedah Siasat Sayembara Puisi Perlu
Berita Harian, 27 November 2004
Khamis, 2009 Oktober 01
Buku Rekod Mengajar Pertama
Buku Rekod Mengajar (BRM) merupakan buku catatan rasmi kerja harian guru. Setiap guru mesti mempunyai BRM dan lengkap bertulis. BRM menjadi petanda aras guru melaksanakan tanggungjawab sebagai guru.

Gambar di atas merupakan BRM aku yang pertama. Yang kedua dan seterusnya tiada dalam simpanan. Buku ini dihasilkan ketika aku menjalani latihan praktikum, sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil Perguruan Asas dari Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI).
Aku memasuki IPSI pada Julai 1987 dan tamat pada November 1989, iaitu selama 2 ½ tahun. Dua tahun belajar di IPSI, manala ½ tahun menjalani praktikum di SM Kalumpang, Kuala Kubu Baru, Selangor. Aku menjalani praktikum mulai 07 Ogos 1989 hingga 20 Oktober 1989. Sekolah ini ada tiga bangunan sahaja. Dua bangunan kelas (dua tingkat) dan pejabat, satu lagi kantin. Bilik kelas bahagian bawah hanya ada tiang batu saja, tiada cermin dan bingkai nakoh. Aku bertanya pada seorang guru, dia menjawab, "Dah pasang tetapi mereka makan." Sekolah ini dalam kawalan seorang inspektor polis.
Aku mengikuti kursus Pengajian Sekolah Menengah dalam bidang Sejarah dan Pendidikan Seni. Bilangan kami sekitar 20 orang dan ditempatkan dalam Kumpulan G. Tutor pertama ialah Che Hamat Che Man, manakala tutor kedua ialah Encik Aziz Shukor.
Pensyarah penyelia terdiri daripada Encik Mustaffa Chu Tuah untuk bidang Sejarah, dan Encik Iberahim Hassan untuk Pendidikan Seni, manakala guru pembimbing ialah Encik Abdul Halim Baharom (Pendidikan Seni) dan Encik Shamsuri Agus (Sejarah).
Sepanjang menjalani praktikum, aku tinggal di asrama Blok L. Sekitar pukul 5.00 pagi, aku dan rakan-rakan seperjalanan akan berkumpul di hadapan Blok D / Dewan Besar menunggu bas IPSI dan pulang sekitar pukul 1.00 petang. Sepanjang menjalani praktikum aku menggunakan radio kasset, OHP, gambar-gambar dari media, gambar dilukis, stesilan, kertas gulung, kertas mahjong dan bahan maujud sebagai bantu mengajar. Ada yang dibeli, ada yang dipinjam, dan lebih banyak yang buat sendiri.
Ada sekali Bilik Tayangan yang aku tempah terpaksa digunakan oleh pihak Pusat Kesihatan untuk tayangan kesihatan wanita. Oleh sebab tiada bilik sesuai, aku terpaksa menggunakan Pusat Sumber. Malangnya, di Pusat Sumber tiada kelir OHP. Bagi mengatasinya, aku menggunakan bahagian belakang kertas peta. Malang sekali lagi menimpa, antara tempat OHP dengan kelir adalah dekat menyebabkan bingkai cahaya terkeluar daripada bingkai peta yang aku jadikan kelir. Aku berusaha mengalih OHP, tetapi gagal kerana ruangnya sempit. Apabila mengawal jarak cahaya, huruf pula menjadi kelabu. Ketika sedang mengatasi masalah, tiba-tiba muncul penyelia. Alamak, Mustaffa Chu Tuah datang! Dan aku pada hari itu menjadi 'Hang Jebat' yang malang. Memang betul sangkaan, cahaya yang keluar daripada bingkai kelir itulah yang ditegur. Beliau tidak percaya alasan aku beri. Beliau cuba membetulkan, hasilnya sama seperti telah aku buat. Namun, markah pengajaran aku pada hari itu tetap rendah. Apa boleh buat, dia guru kita pelajar!
Isnin, 2009 September 28
Matinya Seorang Calon Penyair
Sutung Umar RS bergambar kenangan dengan peserta bengkel penulisan
g Umar RS. Dalam bengkel itu, Sutung Umar RS membedah setiap sajak, termasuk sajak saya itu. Beliau memuji sajak berkenaan dan seringkali menjadikannya contoh sepanjang bengkel tersebut. Sajak itu kemudiannya diterbitkan dalam antologi Warna Kemesraan oleh Pelita pada tahun 1986 diselenggarakqan oleh Sharif Putera dan Moharani Tanusi. Sajak asal (sewaktu dibengkelkan) punya perulangan baris akhir, 'sepi dan terasing,' sebagaimana tercatat dalam antologi Di Luar Bingkai Diri di bawah nama Zeniri Erwan. Saya tidak tahu dan tidak pernah bertanya akan sebab pengulangan baris akhir, 'sepi dan terasing, digugurkan dalam antologi Warna Kemesraan.
azuhar. Semasa di UKM, saya telah dipanggil oleh Zeniri Erwan. Beliau memberi alasan lisan dan bertulis akan 'tragedi' itu. Saya akur dan mengingatkan agar dia terus menulis.Saya tidak tahu, siapakah yang memberitahu Zeniri Erwan akan 'tragedi ciplakan' dan kehadiran saya ke UKM.

Tidak berapa lama, tersiar kritikan terhadap sajak berkenaan yang ditulis oleh Muhamad Yusoff. Walaupun saya tidak kenal, tidak cam akan Muhamad Yusuf, saya amat berterima kasih atas kesudian beliau cuba menjawab akan pengarang yang sebenar.
saya telah menciplak sajak itu dari antologi Di Luar Bingkai Diri. Sutung Umar RS memberitahu bahawa sayalah pengarang sebenar sajak itu. jangan kau biar
menerjah menerkam
Lagu Motivasi untuk Diri
Apabila aku berada di blog sendiri, aku akan singgah mendengar lagu ni kerana teringatkan kedua ibu bapaku dan anakku Nur syahirah
Sabtu, 2009 September 26
'Keris atau Seorang Raja Purba' Seratus Peratus Plagiat?
Oleh Muhamad Yusoff
Masalah plagiat, menceduk atau menciplak di dalam bidang penulisan kreatif di kalangan penulis, terutama para penulis baru tidakn pernah selesai. Perbuatan yang memalukan itu sentiasa saja berlaku, walaupun orang-orang yang terlibat dalam kerjaya berkenaan rata-rata terdiri daripada akademis atau mereka yang mempunyai martabat ilmu yang tinggi.
Dihormati Orang Tua di Kampung
Khamis, 2009 September 17
1 Malaysia + Hari Kebangsaan = ?
laysia sebagai idealisme dan wawasan kepimpinannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menurut beliau, matlamat 1 Malaysia ialah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian entiti Malaysia yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia. Diharapkan kekuatan ini akan terus kekal di Malaysia sebagai bekalan terbaik negara mencapai kejayaan pada masa akan datang. Rakyat Malaysia diajak bersama-sama berganding bahu membangun Malaysia. Ulasan Puisi "Mesej atau Moral di dalam Sajak" (Cuplikan)
oleh Rahman Shaari
Ssajak Nassury Ibrahim berjudul 'Cermin' memang baik dari segi penyampaian moralnya. Baris awal sudah menarik, walaupun maksudnya biasa sahaja:
Cermin
meski ia terbalik atau pecah
pada yang menatapnya seorang pengemis
tua yang mahu melihat wajah hidupnya
atau seorang pemerintah yang mahu
merawat gaya pemerintahannya.
Siaran: Majalah Remaja, November 1984
Kumpulan Sajak 'Cermin', Gapri, 1987
Ulasan Puisi "Sajak Biasa dan Sajak Visual" (Cuplikan)
Sajak 'Aktivis' oleh Maniyamin Ibrahim juga ada tanda-tanda kemantangan. Judul dan isinya sepadan. Memang seseorang aktivis mungkin bangun menjerit mengajak hadirin atau orang ramai memberontak. Ia menyaran sikap 'kurang ajar' yang dulunya disebutkan oleh penyair Usman Awang dan diikuti oleh penulis-penulis lain seperti Inon Shaharudin (dalam Majalah Dewan Budaya), Salleh Joned (dalam akhbar Berita Minggu) dan lain-lain. Menurut Maniyamin, sikap 'kurang ajar' mungkin menyebabkan seseorang boleh kemenangan.
Siaran: Majalah Remaja, Ogos 1985
Rabu, 2009 September 16
Nassury Ibrahim Antara Masalah dan Penyelesaian
Nassury Ibrahim salah seorang penulis generasi baru yang berpotensi menjadi penulis terkenal. Kesungguhan dan sikapnya dalam berpuisi menunjukkan tanggungjawabnya sebagai penulis. Sikap dan kesungguhannya berpuisi dapat diperhatikan dalam kumpulan puisi Menimba Laut (1996) yang menunjukkan peningkatan kemantangannya berpuisi.
menyatakan masalahmu
kerana katamu tidak mungkin
dapat diselesaikan
sebenarnya masalahnya
kerana ia menutup
jalan penyelesaian
makin kelam
kelam yang remang
makin hitam
setelah semua berlalu
dan penyelesaian jadi kusut
jentiklah
satu persatu
Siaran: Utusan Malaysia, 18 April 1998
Selasa, 2009 September 15
Cerita Pembantu Rumah Indonesia
Ahad, 2009 September 13
Sweeping Indonesia from Malaysia
Khamis, 2009 September 10
Menimba Laut Pencatat Sejarah dan Jasa Kejayaan IPSI Dikenang
Antara beberapa penyair muda berbakat besar, Nassury Ibrahim berjaya mencipta puisi-puisi yang menyusur rentetan hidupnya umpama menulis diari daripada peristiwa-peristiwa yang dilaluinya.
asrama panjang, surau dan
rumah British. Melayu hidup di sini.
di sini: Za'ba, Ibrahim, Masuri S.N. Berdiri
di sini British tergigit lidah sendiri.
beberapa baris kata dan peristiwa dalam warna-warni
semoga ia akan menjadikanmu seorang lelaki berani
kerana yang aku rindu adalah
kehidupan tanpa kesal
alur sejarah
sungaqi IPSI
ada arus
menikam tebing
di dasar
dan permukaan
ada arus
menerjah
batu-batu
menuntut
tenang
dan lurus
perjalanan
alur sejarah
sungai IPSI
aku tiba-tiba
berasa
tidak ingin
pulang
pun hidup
di tenang kuala
menghembus lembut
nafas angin
saat itu
aku jadi ingat
getaran suara
Bukit Besi
desis penyu
dan ringkikan
hutan Sekayu
aku jadi ingat
saat itu
sederet lembu
mencari
pintu kandang
dan pucuk kayu
yang kugetus
melengkap
hidangan malam
Pak Harun Biola
Pak Harun (khabarnya sudah meninggal dunia) sememangnya wujud dan segala gerak-lakunya diceritakan semula oleh Nassury. Gurauannya berkumandangke dalam riuh lalulintas
tiba-tiba terdiam
menikmati mahirnya
seperti aku yang terpanggil
oleh alunan biolanya
datang membasuh
kuning jiwa Walaupun gesekan biola Pak Harun hanyalah untuk menarik pelanggan, tetapi pada setiap melodi dan irama asli yang dimainkan benar-benar membuatkan pengunjung terpesona dengan kelunakan lagu-lagu tradisional Melayu seolah-olah menyedarkan sesiapa sahaja betapa kita anak Timur yang memiliki adat yang halus, lembut dan bersusila.
Za'ba menyala
menerangi kami
bak suara
Za'ba berkata
di lidah kami.
Selasa, 2009 September 08
Penulis dan Karya
ibarat ilmu tanpa guru
ibarat pohon tanpa daun
ibarat lukisan tanpa warna
ibarat usaha tanpa tujuan
ibarat orang kesesatan.
7 April 2003
Kumpulan Puisi Elipsis, DBP 2008
Isnin, 2009 September 07
Penyair Muda: Antara Gaya dan Kemantapan
Tidak dinafikan mereka juga cenderung melibatkan diri dalam pelbagai genre lain seperti cerpen dan kritikan sastera, biarpun tidak semampan Suhaimi Muhammad, Prof. Madya Rahman Shaari, Prof. Muhammad Salleh dan lain-lain.
Namun, sebagai generasi pelapis yang berusaha mengisi ruang-ruang kosong dalam arus perkembangan sastera tempatan, mereka sebenarnya berjaya menemukan sasaran dan kedudukan tersendiri.
Dengan kata lain, mereka mempunyai reputasi tersendiri untuk mengisi kekosongan ini. Malah, karya-karya yang ditampilkan juga kaya dengan teknik yang lebih bersifat eksperimental.
Di sisi lain, mereka lebih peka untuk mengetengahkan pelbagai persoalan baru yang muncul di sekitar mereka. Bertitik tolak pada isu sosial, ekonomi, kemanusiaan dan sebagainya.
Seminar Karya Generasi Baru (Genre Puisi) yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, baru-baru ini menjadi salah satu program untuk mengupas setiap persoalan ini, termasuk isu-isu penulis muda.
Ia membariskan tiga ahli panel iaitu penyair Suhaimi Muhammad, Mohamad Shaidan dan Mohd Daud Mohamad. Ketiga-tiganya mengupas kedudukan dan citra antologi Hanya Kata karya Marsli N.O, Debu di Kaca karya Zahari Hasib, dan Menimba Laut karya Nassury Ibrahim.
Menurut Suhaimi, karya-karya Marsli dalam antologinya berjaya manfaatkan segala yang boleh membentuk kesenian secara naluriah, alamiah, rohaniah, dan akliah.
“Apa pun yang menjadi pokok persoalannya, politik, sosial, ekonomi, kebudayaan, agama dan lain-lain, bahawa ia tetap menjadi probe, yakni alat pertanyaan dan penyelidikan serta metamoforsis (penjelmaan daripada karya kesenian).
“Probe wujud dalam puisi Marsli. Dengan kata lain, pertanyaan itu wujud dan kemudian berubah bentuk kepada metamoforsis tertentu yang diciptakan oleh khalayaknya sendiri, bukan Marsli,” katanya.
Suhaimi juga melihat karya-karya Marsli banyak membawa pembaharuan puisi tanah air yang tergambar menerusi metamoforsis yang diciptakannya. Penulis berjaya mengundang khalayak untuk sama-sama menghayati dunia batin, imaginasi dan lain-lain.
“Puisi-puisi Marsli dengan sengaja telah merealisasi probe dan metamoforsis di dalam puisi-puisinya, telah menunjukkan lahirnya seorang seniman ke dalam kesusasteraan Melayu moden.
“Beliau telah membawa tanda-tanda awal gagasannya. Membawa formula-formulanya dan hayat keseniannya serta berjaya menunjukkan kewujudannya dengan penciptaan karya-karya jenis ini, karya abadi, karya yang hidup sepanjang zaman,” tambahnya.
Sementara itu Mohd Daud melihat karya Menimba Laut oleh Nassury merupakan karya-karya realisme yang mudah dicernakan, ditafsir dan diterjemahkan.
Baginya, apa yang ketara dalam karya-karya Nassury ialah terdapat pengaruh daripada buku-buku yang dibacanya, sehingga tanpa sedar atau tidak proses penciptaannya tetap dipengaruhi oleh teori perpuisian yang sudah memasuki alam kepenyairan negara ini.
Manakala Mohamad Shaidan dalam menyoroti perkembangan karya generasi baru, berusaha mengupas seluruh persoalan yang dikemukakan oleh Zahari Hasib dalam karyanya, Debu di Kaca.
Menerusi karya ini, beliau melihat Zahari membuka gaya dan perspektif baru dalam dunia perpuisian tanah air dengan gaya deskriptif dengan melahirkan puisi-puisi impresionistik.
“Zahari tidak mendiskriptifkan sahaja peristiwa yang dialami dan dilihatnya, tetapi turut menyertakan kesan fikiran, perasaan serta kesedaran daripada hal-hal tersebut.
“Kesan peribadi Zahari terhadap sesuatu peristiwa yang dihayati itu terserlah dalam bentuk sindiran yang kebanyakannya adalah sinisme, kadang-kadang ironis atau sarkasme,” jelasnya.
Kupasan terhadap ketiga-tiga karya ini yang dianggap sebagai sebahagian daripada karya-karya penulis baru, membuktikan mereka mampu menjadi pelapis dan tunas dunia kepenyairan tanah air.
Siaran: Utusan Malaysia, 25 Julai 1998.
Antara Kedangkalan dan Deskriptif Karya
Antologi Menimba Laut karya Nassury Ibrahim ternyata belum ketemu kedalaman lautan yang dicarinya. Kerana puisi yang termuat dalam kumpulan itu masih berada di tingkat permukaan dan belum sepenuhnya masuk ke kedalaman itu sendiri.
Hampir sebahagian besar puisi Nassury menampilkan puisi penceritaan atau pengalaman lahiriah, tidak menuntut banyak perenungan untuk mencungkil makna yang bertautan dengan rasa dan karsa (dalaman dari rasa).
Drs Mohamad Daud Mohamad dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, puisi 'Seberang Takir Kampung Nelayan' dan 'Di Luar Kota A Farmosa' tidak ada sesuatu yang menuntut untuk mengolah daya berfikir, kerana pembaca dapat membayangkan makna tersurat.
Meskipun demikian, bukan bererti puisi yang ditampilkan Nassury adalah puisi mentah tetapi belum sepenuhnya matang.
Ketika membicarakan antologi (kumpulan – P) itu dalam Seminar Karya Generasi Baru di Sudut Penulis, Sabtu lalu, Mohamad Daud berkata, Nassury secara sedar atau tidak sedar memasuki dunia dadaisme yang dianuti penyair Sutardji Calzoum dan A Ghafar Ibrahim .
Puisi 'Dalam Aku,' 'Tidak Ada,' dan 'Menghadapi Gunung Masalah' adalah klon bentuk dan gaya dadaisme. Sebagai contoh puisi 'Dalam Aku.'
dalam jaya ada usaha
dalam usaha ada suara
dalam suara ada rasa
dalam rasa ada kata
Kata rasa / makna / gerak menandakan riak rasa dan karya yang memberangsangkan penyair memasuki kedalaman lautan pada dirinya sendiri. Dari kedalaman lautan itulah suara hatinya bergema menggerakkan rasa.
Daripada rasa yang merangsang saraf kreatifnya untuk meluahkan ke dalam bentuk kata-kata yang terpilih dan dipilihnya. Pilihan kata-kata yang tepat itulah memberi pelbagai penafsiran makna selapis atau berlapis-lapis.
Sementara itu, Mohamad Shaidan yang membicarakan Debu di Kaca karya Zahari Hasib berkata, puisi Zahari lebih deskriptif kerana mendeskriptifkan peristiwa yang dialami dan yang dilihat serta membawa kesan fikiran, perasaan dan kesedaran daripada peristiwa yang dialami dan dilihat.
Kesan peribadi Zahari terhadap sesuatu peristiwa yang dihayati terserlah dalam bentuk sindiran yang kebanyakan sindirannya adalah sinisme dan kadangkala ironis dan sarkasme.
Zahari akan tgerus memerhatikan kehidupan manusia kecil dalam kehidupan seharian dan mengolah kehidupan manusia kecil ini di dalam batinnya lalu menuangkan ke dalam puisi melalui bahasa yang mudah, bersekali dengan kesan peribadinya.
Mohamad Shaidan berkata, umumnya puisi Zahari bukannya sulit untuk difahami. Penulis kelahiran Perak ini “tidak memberatkan kata-kata” dan kata-kata yang dipilih dalam membentuk sesebuah puisi adalah kata-kata biasa.
Kata-kata biasa itu tidak pula memiliki kemungkinan makna yang lain daripada makna tersurat. Kata yang tersurat di dalam puisi itulah makna yang hendak disampaikan Zahari.
Zahari tidak mahu meletih dan memenatkan minda pembaca dengan makna kias dan makna lambang dan kerana itu kita tidak mungkin menafsir makna yang lain daripada makna yang tersurat.
Zahari mempunyai sikap dan pendiriannya terhadap puisi. Puisi menurut Zahari harus “Mengutamakan persembahan mesej lebih daripada nilai kepuitisannya sendiri. Puisi yang terlalu sarat dengan ungkapan dan permainan kata-kata sahaja tanpa penekanan mesej yang jelas tidak berupaya menelus masuk ke hati nurani pembaca.”
Sebagai penyair, Zahari berpuisi dengan gaya deskriptif dengan melahirkan puisi impresionistik. Gaya perpuisian inilah yang menjadi identiti puisi Zahari.
Siaran: Berita Harian, 22 Julai 1998.
Ahad, 2009 September 06
Kesedaran Jiwa Membawa Nassury Menjadi Penulis
Nassury Ibrahim atau Maniyamin Ibrahim salah seorang penulis muda yang berbakat besar. Kemunculannya menjadi kebanggaan kepada Gapri (Gabungan Penyair Remaja Intan) dan kepada PELITA Sudut Dungun itu sendiri khasnya.
Kini beliau tinggal di Pasir Puteh, Kelantan.
Bila ditanya siapakah yang mendorong beliau menulis, Nassury menjawab: “Saya menulis atas kesedaran jiwa dan pemikiran saya. Tuhan mengerakkan hati saya mendekati seni itu.”
Awang Abdullah seorang penyair yang sedang menempa nama kini (pembimbing Gapri) telah memberi tunjuk ajar kepada beliau disertakan pengalaman yang ditimba semasa menjadi AJK Gapri dalam tahun 1983.
Kemudian minat menulis Nassury melonta-lonta dalam dirinya. Puisi beliau yang pertama berjudul 'Satu' tersiar di Aktual. Dari situlah minat menulisnya tumbuh bagai pohon yang rendang.
Beliau menulis puisi, rencana akademik dan sastera, cerpen dan skrip drama. Karya-karya beliau tersiar di Aktual, Berita Harian / Minggu, Mastika, Al-pIslam, Remaja, Watan, Mingguan Perdana, Jelita, Dewan Pelajar, Salina, Family, Dewan Siswa, Mingguan Malaysia, Mingguan Watan, Media dan lain-lain.
Dalam bidang teater dan pementasan drama, Nassury juga tidak ketinggalan. Beliau pernah membuat pementasan teater di UKM (1984), Kuala Terengganu dan sekitar Kelantan. Pementasan drama itu di bawah seksi drama Puspa (Persatuan Penulis-Penulis Pasir Puteh).
Salah seorang pemenang hadiah utama iaitu Hadiah Sastera Utusan-Publik Bank baru-baru ini dengan sajak berjudul 'Dendam'. Syabas kita ucapkan padanya.
Akhir sekali, Nassury memberi pesan dengan dengan kata falsafahnya: “Kekayaan saudagar ialah pundi-pundi emasnya, tetapi kekayaan penulis dengan kertas-kertasnya dan pengungkapan imaginasinya yang indah dan asyik.”
Siaran: Majalah Salina Bil. 130, April, 1986.
Karya dan Kajian Terhadapnya
Walau bagaimanapun, saya rasa terkilan juga sebab tidak mengingati beberapa maklumat, terutama berkaitan peristiwa dan tarikh-tarikh penting, seperti penganugerahan dan penyiaran karya. Oleh sebab itu, saya meminta mahasiswa berkenaan merujuk dalam internet, khususnya dari data yang dibekalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Memang ada sebilangan penulisan tentang karya saya, baik oleh rakan yang saya kenali mahupun oleh mereka yang tidak saya kenali. Ada yang memberi salinan kajiannya kepada saya. Dapatlah saya menyimpannya sebagai kenangan dan bahan kajian pelajar / mahasiswa seterusnya. Terima kasih banyak atas keperihatinan anda itu. Ada juga yang tidak memberinya. Barangkali terlupa.
Apabila saya gagal memberi maklumat dan data lengkap perihal karya, terasa sekali betapa penting jika saya mempunyai segala dokumen kajian tentang karya saya. Justeru, amat besar harapan jika satu salinan dapat diberikan / atau dimaklumkan, sama ada karya saya menjadi subjek utama kajian, atau sekadar sampingan sahaja. Tidak kiralah apa persepsi anda terhadap karya saya. Baik atau buruk ia tetap jadi bahan ilmu.
Oleh kegagalan memberi kerjasama baik itu, terfikir oleh saya, alangkah baiknya segala maklumat yang berkaitan diri saya diterbit dalam blog. Ini menjadi satu cara membantu mahasiswa, pengkaji, peminat dan perkembangan ilmu kesusasteraan.
Sajak Kepada Nassury (i)
Betapa mati langkah betapa senyap jiwa
air kata yang kau tinggalkan itu
mengalir biar membasahi kering wajah
betapa saat kau bersunyi diri
di bawah pohonan kemboja.
7 November 2008
Rabu, 2009 September 02
Cerita Tentang Orang Asli
Tuhan beri petunjuk
Mari sama-sama
Selasa, 2009 September 01
Sisipan Galeri 1
DAUN NAN SEHELAI: Menjadi Orang Bijaksana
tidak akan terurai rahsianya
tanpa iman dan takwa Ada perbezaan tanggapan manusia terhadap peristiwa tsunami. Di Malaysia, kita melihat tsunami terjadi kesan gerakan bumi di dasar laut, menyebabkan kita mudah lupa akan peristiwa itu, lebih-lebih lagi pada individu yang tidak mengalaminya. Sehingga kini sebilangan kecil sahaja buku yang merakam kejadian tsunami di Malaysia. Lain pula terjadi dalam masyarakat Acheh. Kunjungan saya ke Acheh bersama rombongan Gapena (25 – 30 November 2005), mendapati begitu banyak buku tentang tsunami diterbitkan. Baik buku kreatif mahupun nonkreatif. Buku-buku prosa yang diterbitkan rata-rata melihat peristiwa tsunami dari sudut agama. Pada satu pihak tsunami dianggap bala dan pada pihak lain dianggap sebagai tanda kekuasaan Allah. Ia memberikan iktibar bagi insan bertakwa. Sebagaimana kata Mazli Husma, mata iman akan dapat merungkai rahsia tsunami. Maka, mereka merakamnya untuk diteladani. Bagi mata duniawi, tsunami dilihat sebagai peristiwa pahit semata-mata, dan menakutkan. Dan, kata Mazli Husma lagi; Musibah
tidak akan terhitung hikmahnya
tanpa ilmu dan amalan Secara halus penyair menegaskan bahawa orang yang matang dan bijaksana ialah orang yang berilmu, dan orang yang berilmu mencari hikmah di sebalik sesuatu musibah. Hanya orang berilmu dapat mencari hikmah di sebalik sesuatu musibah. Hikmah yang diperoleh itu akan dapat mempertingkat ketakwaan diri. Tentulah kita tidak mahu dianggap sebagai orang tidak matang, tidak berilmu dan gagal mencari hikmah di sebalik peristiwa tsunami itu. Justeru, kesedaran itu membuktikan bahawa idealisme sajak ini mampu membina peribadi muslim yang bijak, yang berilmu dan bertakwa. Dalam sajak ‘Hijab’ (hlm. 157) Mazli Husma merakamkan perihal orang tersasar, tengadah, tersasul dan tertusuk jiwa, dan kemudian menyeru mereka agar merenung sebab-musabab tersasar, tengadah, tersasul, dan tertusuk jiwanya itu. Katanya; Singkaplah dengan jiwa hening-bening
telus menerus tanpa sesiapa selain DIA Hanya orang berilmu dan bertakwa mempunyai kesedaran untuk bermuhasabah diri. Melalui muhasabah diri kita dapat mencari hikmah. Hikmah-Nya itu dapat kita teladani bagi membina hidup yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Dan, muhasabah diri itu hendaklah bebas daripada segala kepentingan dunia, sebagaimana disarankan oleh Mazli Husma di atas, barulah kita dapat menjadi orang yang bijaksana. Sifat pendidik tidak terlepas dari jiwa Mazli Husma. Dalam sajak, ‘Musim Balik Kampung’ (hlm. 176) misalnya, Mazli Husma menasihatkan pengguna jalan raya. Katanya, ‘Musim raya / musim perlu berwaspada / dalam riangria menjamu selera / jangan pula ada yang menangis / di hujung keranda.’ Demikian, sekilas tanggapan saya terhadap kumpulan sajak ketiga bekas pendidik yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Mazli Husma. Beberapa buah sajak beliau yang diteliti ini mampu mengajak kita menjadi orang bijaksana. Dan, semoga kumpulan sajak ini, serta kumpulan sajaknya terdahulu, Puisi Diri (2001) dan Setelah Kau Pergi (2003), terus dinikmati dan diteladani hikmahnya. Sekian.
Selasa, 2009 Ogos 25
MENGHERET MIMPI MEMINTAL CINTA: Perihal Cinta dan Rasa Cinta Penyair
Mengheret Mimpi Memintal Cinta (3MC) merupakan kumpulan sajak beliau terbitan Wahwi Production House tahun 2005. Ketebalannya sekitar 173 halaman. Sesuai dengan judul, sajak-sajak dalam kumpulan ini bermula dengan persoalan kasih-sayang, cinta dan rindu. Wan Ahmad Ismail merenungi alam mudanya lewat usia 50-an. Memang kita disaran berbuat demikian bagi meningkatkan mutu hidup seterusnya. Penyair menziarahi makam cinta dan cuba merasai air cinta yang pernah dihirup, dan berusaha menikmati rasa cinta sejati. Katanya, lewat sajak 'Mengheret Mimpi Memintal Cinta':
telah lama kuheret mimpi ini ke dalam kelambu
tidak kutemui sejati itu cintamu, maha dalam dakapanmu
lalu kupintal cintamu itu ke kertas tertulis jawi
Walaupun cinta dalam sajak ini boleh ditafsirkan pelbagai: cinta suami-isteri, cinta tanah air, cinta ilmu, cinta keagamaan, cinta sastera-budaya, dan sebagainya, namun di sini saya mengecilkannya kepada cinta suami-isteri. Saya menganggap sajak ini ditujukan kepada isteri setelah sekian lama mereka bersama. Terkesan betapa cinta yang mereka bina bertahun-tahun itu adalah cinta sejati. Betapa syahdu suara hati penyair menemui cinta kekasihnya, sejati itu cintamu, dan maha dalam dakapanmu. Justeru, beliau berkata bahawa cinta kita tetap abadi,sayang kita tetap akrab, mimpi kita semakin nyata, dan ia bukan sebuah sandiwara. Memang Wan Ahmad Ismail suka berterus-terang dalam berkarya, baik dalam penyampaian mesej mahupun dalam pendayagunaan bahasa.
Pengakuan penyair itu sesuai, wajar dan terbukti kebijakan orang tua-tua kita menjodohkan anak mereka dengan konsep kahwin dulu kemudian bercinta. Kesejatian cinta itu kerana cinta mereka dirai dan direstui oleh keluarga dan masyarakat.
mimpi kita, mimpi dinobatkan
cinta kita, cinta ditabalkan
kita adalah mahkota sebuah pelayaran
Sebenarnya, sajak-sajak Wan Ahmad Ismail ini bukan sahaja tentang cinta, malahan juga tentang adat budaya, fenomena alam, kemasyarakatan, politik, pembangunan tanah air, anak-anak generasi, dan sebagainya. Semua itu menjadi mimpi yang diperjuangkan oleh penyair.
Kesimpulannya, kumpulan sajak yang dihiasi dengan gambar turut memuatkan juga beberapa catatan ahli panel sayembara, wartawan, pengkaji dan penilai sastera seperti Rahman Shaari, Lim Swee Tin, Ramli Isin, A. Rahim Abdullah, Arbak Othman, Mohammad Daud Mohammad, Ami Mubim, Imlan Adabi, Zainal M.Z., Wan Zahari Ali, Hamid Jabar, T. Alias Taib, Aziz Desa, dan Salbiah Ani. Catatan dan laporan mereka membuktikan bahawa sajak-sajak Wan Ahmad Ismail bukan sampah semata-mata, Ia merupakan cinta dan lambang cinta Wan Ahmad Ismail. Cuma, cintanya pada bahasa agak tidak kuat, lantaran terlihat begitu banyak kesalahan ejaan.
Konflik Masyarakat dalam REBAT BERTALI SABUT Karya Wan Ahmad Ismail
Selain menulis skrip drama pentas dan drama radio, beliau juga menulis sajak, cerpen, novel, esei, malah turut menjadi pengarah drama dan berlakon, sama ada drama sendiri mahupun drama penulis lain. Beliau juga rajin membukukan karya-karyanya.
RBS menghimpunkan tujuh drama pentas, masing-masing berjudul 'Rebat Bertali Sabut,' 'Layang-Layang Terbang Melayang,' 'Awal Tengah Akhir,' 'Cendanadewi - Muda Sri Agung,' 'Rakan, Teman & Seteru,' 'Naskah Tengku Dalam Kalthum,' dan 'Sewaktu Semasa Seketika.'
Semua drama itu pernah dipentaskan di sekitar Terengganu dan di luar Terengganu melalui Kumpulan Teater Tamu (Tetamu) dan Kumpulan Teater Terengganu (Kumputer). Ia pernah dibukukan dan menjadi bahan kajian para pelajar universiti.
Sepanjang pembacaan, penontonan dan penelitian terhadap karya-karya drama pentas Wan Ahmad Ismail, saya mendapati beliau gemar mengungkapkan perihal kemasyarakatan. Dramanya seperti 'Awal Tengah Akhir,' 'Rakan, Teman & Seteru,' 'Alahai Sakitnya Alahai,' dan 'Sang Keluarga' yang pernah saya menonton jelas sekali memperkatakan konflik manusia dalam masyarakatnya. Pada satu setika mereka menjadi rakan dan pada satu ketika yang lain, mereka bermusuhan.
Gambaran seperti ini, kalau ditinjau dalam masyarakat, adalah jelas bertepatan dengan tingkah-laku dan amalan para politikus. Memang para politikus tidak mempunyai teman setia kerana mereka sendiri tidak pernah setia dan sering menggunakan peluang yang ada demi kepentingan diri. Kalau dipadankan permasalahan itu dengan negeri Terengganu, lagi bersuluhlah permasalahan politiknya yang antara negeri sentiasa panas dengan tingkah-laku manusia politik.
Wan Ahmad Ismail juga gemar mengungkapkan konflik masyarakat manusia kemacar. Perihal orang gila, orang tamak / penipu dan lebih-lebih lagi yang miskin menjadi antara persoalan yang digemarinya. Drama 'Rakan, Teman & Seteru' misalnya, mengisahkan kehidupan dan konflik manusia dhoih, yang sering dipinggirkan dan terpinggir arus pembangunan. Sering kali manusia dhoih itu dijelmakan melalui watak kurang siuman. Walaupun mengangkat watak manusia separuh gila (kurang siuman), perihal persoalannya adalah berkenaan manusia yang menganggap diri mereka waras.
Demikian juga dalam drama muzikalnya seperti 'Layang-Layang Terbang Melayang,' merupakan drama uda-dara versi Wan Ahmad Ismail, masih mengungkapkan konflik orang-orang miskin / kemancar.
Selain itu, Wan Ahmad Ismail gemar menyelongkar perihal konflik para seniman rakyat, sebagaimana terlihat dalam drama 'Naskah Tengku Dalam Kalthum,' 'Tanah Ronggeng' atau Wayangan Mak Nang.' Dalam drama 'Naskah Tengku Dalam Kalthum' misalnya, beliau mendedahkan kepengarangan istana dan sejarah hitam sebenar negeri Terengganu ketika berdepan dengan Inggeris durjana.
Sebenarnya, Wan Ahmad Ismail bukan sahaja mendedahkan konflik masyarakat awam, malahan juga konflik masyarakat istana, seniman, ulama, pentadbir, dan para politikus. Hal ini sesuai dengan latar masa dan tempat, negeri Terengganu, tempat beliau melangsungkan hidup. Beliau yang lahir di Pulau Duyung Kecil berasal dari keturunan keluarga istana telah bekerja di puluhan jabatan kerajaan dari jawatan serendah-rendahnya hingga jawatan Pengawai Daerah. Pengalaman ini memberi kesempatan kepada beliau mengungkapkannya dalam drama-drama ciptan beliau.
Satu hal lagi yang patut disentuh ialah berkenaan aliran kepengarangan Wan Ahmad Ismail. Berdasarkan pengalaman menonton dan pembacaan terhadap naskah-naskah lain, saya dapati Wan Ahmad Ismail sering kali menerjunkan seninya dalam dalam perkembangan semasa drama. Ketika berlaku perkembangan drama serius, beliau menghasilkan skrip yang serius, dan ketika rancak drama komendi, beliau turut menghasilkan drama komendi. Hal ini, pada saya, meletakan diri Wan Ahmad Ismail sebagai seniman pop / popular (Pop arts).
Kesimpulannya, selain meletakan nama Wan Ahmad Ismail sebagai seniman pop / popular, drama-drama pentas Wan Ahmad Ismail mencerminkan perihal masyarakat negeri Terengganu, tempat beliau belajar, bekerja dan berseniman.
Sabtu, 2009 Ogos 22
Bebalisme @ Babasisme Sarjana Pendidikan
Dongeng Kemerdekaan, (ii)
Pendidik dan sarjana pendidikan di negaraku,
kata bapak, bak peti ais
di dalam peti ais itu tersimpan, kata bapak,
tersimpan rasa dan minda arya
setiap pagi, kata bapak, setiap hari mereka
menghidangkan arya kepada anak-anak kita
dari pagi ke tengah hari, kata bapak,
dari petang ke tengah malam
maka arya anak-anak kita, kata bapak,
arya mata, suara, tangan dan kaki
pendidik dan sarjana pendidikan di negaraku,
kata bapak, musuh negara kita
mereka bak peti ais, kata bapak,
menyuntik arya pada anak-anak kita
hingga anak-anak yang kita lahir, kata bapak,
tak kenal ibu tak kenal ayah!
14 Februari 2004
Hak Mutlak
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengatakan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk Syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Saya keliru dengan frasa ‘hak mutlak Allah.’ Prof. Datuk Dr. Shukor Husin sendiri tidak menjelaskan kandungan maksud frasa berkenaan. Pada saya, ketiadaan penjelasan itu boleh mendatangkan kekeliruan.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 500), maksud hak ialah (1) yang benar, kebenaran; (2) kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat, istiadat, dll); (3) milik, kepunyaan; dan (4) yang mana satu.
Maksud perkataan mutlak (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 1061) pula ialah (1) tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bahagi (taat setia, dll), lengkap, penuh, umum; (2) suci. Manakala, maksud Allah (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 37) ialah Tuhan (yang Esa).
Merujuk kenyataan Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkenaan hak mutlak Allah untuk menempatkan seseorang manusia itu sama ada di syurga atau neraka. Maksud ‘hak’ lebih menepati maksud nombor (2), manakala maksud ‘mutlak’ pula lebih menepati maksud nombor (1). Dapat disimpulkan bahawa Allah berkuasa atas sesuatu atau berbuat sesuatu dan hak itu pula adalah tidak terbatas.
Kesimpulan ini memberi kekeliruan kerana Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin tidak menjelaskan lebih lanjut tentang kuasa mutlak itu. Tanpa penjelasan, kenyataan itu seakan-akan selari dengan pandangan oreantalis Barat yang mengatakan bahawa Tuhan hanya berkuasa mencipta, tetapi tidak berkuasa mengawalnya. Setelah diciptakan, maka manusialah berkuasa mutlak terhadap hidup dan persekitarannya.
Apakah kuasa mutlak Allah menempatkan manusia di syurga atau di neraka mempunyai syarat lain, atau memang tidak bersyarat?
Secara analoginya dapatlah difahami daripada peristiwa berikut. Ketika Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dikatakan bahawa hak melantik sesiapa ke jawatan Timbalan Perdana Menteri itu adalah hak Perdana Menteri. Sesiapa pun tidak boleh menafikannya kerana ia adalah hak mutlak Perdana Menteri mencari sesiapa sahaja yang dapat bekerjasama dengannya mentadbir negara. Maka, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah beliau bersara. Jawatan Perdana Menteri yang kosong itu, atas kuasa mutlak Perdana Menteri, beliau melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri baharu. Perlantikan itu diadakan dalam majlis khusus dan disaksi oleh rakyat Malaysia. Beberapa hari setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi bersara, dan setelah dilantik Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, juga dalam majlis khusus, Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa bahawa sepanjang 22 tahun beliau memerintah tidak ada kesilapan dilakukannya, kecuali melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya jawatan Perdana Menteri.
Atas kuasa mutlak yang ada, Tun Dr Mahathir Mohamed mengakui berlaku kesilapan kerana melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa syarat. Maksudnya, walaupun berkuasa mutlak, seseorang itu masih tetap melakukan kesilapan. Bayangkan, apalagi kalau seseorang yang tidak berkuasa mutlak membuat keputusan.
Memang diakui bahawa Allah mempunyai kuasa mutlak. Kuasa mutlak Allah tidak sama dengan kuasa mutlak Tun Dr Mahathir Mohamed yang tidak bersyarat itu. Kuasa mutlak Allah mempunyai syarat. Syarat inilah gagal dijelaskan oleh Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin hingga kenyataannya itu boleh mengelirukan.
Kalau kuasa mutlak Allah tidak mempunyai syarat, Allah boleh memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurga, termasuk mereka yang bukan Islam, menentang Islam atau Islam sesat seperti ajaran Ayah Pin. Jika Allah berkehendakan orang itu masuk syurga maka masuk syurgalah dia, dan sebaliknya.
Dalam sejarah perkembangan Islam tercatat bahawa orang yang banyak membela Islam, Abu Talib, malah melindungi Nabi Muhammad SAW daripada musuhnya, pun Allah tidak menjanjikan syurga untuknya, melainkan tetap dimasukkan ke neraka, kerana Abu Talib tidak memeluk agama Islam. Tidakkah ini menandakan bahawa kuasa mutlak Allah itu bersyarat.
Setiap hari dan setiap waktu, apabila masuk waktu solat, maka bilal pun melaungkan azan menyeru umat Islam datang bersolat. Soalnya, mengapakah perlu dilaungkan azan dan diseru bersolat? Tidakkah, atas kuasa mutlak, Allah boleh memilih sesiapa sahaja yang disukainya untuk ditempatkan di syurga atau di neraka? Atas kuasa mutlak, orang tidak bersolat pun boleh masuk syurga, dan orang yang beriman pun boleh dimasukkan ke neraka tanpa perkiraan amalan. Atau, mungkin akan berlaku ‘menghalalkan’ azan melalui kaset, bukannya daripada mulut manusia!
Pada saya, walaupun Allah mempunyai kuasa mutlak, Allah masih menetapkan syarat untuk Dia bertindak atas kuasa mutlak-Nya. Tindakan mutlak itu pula masih mengambil kira amalan yang dilakukan oleh seseorang. Di sinilah antara bukti keadilan Tuhan, walaupun berkuasa mutlak, keputusan melaksanakan kuasa mutlak-Nya masih menghitung amalan baik manusia.
Syarat utama yang Allah tetapkan untuk menempatkan manusia ke syurga ialah agamanya, sebagaimana ditegaskan dalam surah al Maedah ayat 3 yang bermaksud, “pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu. Dan aku telah reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”
Dalam surat alBaqarah ayat 2, Allah berfirman yang bermaksud, “Kitab al-Qur’an ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datang dari Allah dan tentang semprnanya), ia pula jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Saya percaya, yang dimaksudkan ‘hak kuasa mutlak’ itu adalah hak kuasa mutlak bersyarat yang telah ditetapkan oleh Allah. Mungkin pihak akhbar tercicir merakamkannya.
Dan kenyataan sindiran Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘Nik Aziz lebih daripada manusia biasa’ itu adalah juga kenyataan politik, beritorik dan dangkal.
Sebenarnya, sesiapa sahaja, yang beragama Islam, boleh meramalkan orang yang berpeluang masuk syurga Allah dan orang yang tidak berpeluang masuk syurga Allah. Saya yakin, Karpal Singh, sehingga tarikh ini, tidak akan masuk syurga Allah kerana dia bukan Islam, malah menentang Islam lagi.
Di Mahkamah Tuhan
Serumpun cinta
tumbuh di taman larangan
kasihkah menumbuhkannya
tak lagi penting
soalnya, di mahkamah Tuhan
dari sekian taman
mengapakah tumbuh
di taman larangan
yang telah diisytiharkan
larangan-Nya.
1988
Islam
bermula dengan syahadah
ke Allah niat
berakhir dengan syahadah
ke Allah matlamat
Nassury Ibrahim, 2006. Peta Perjalanan. Bukit Mertajam: Persatuan Bahasa Melayu.
Jumaat, 2009 Ogos 21
Kiasan Gaya Bahasa yang Berkesan
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara yang lain, ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yang terdapat dalam cerita) teladan, lambang dan erti yang tersembunyi.
Masyarakat Melayu menggunakan perlambangan dan analogi seperti alam, benda, cakerawala, binatang, tumbuh-tumbuhan, dan manusia, khususnya bahagian anggota badan manusia untuk mencipta kiasan. Menurut Asmah Haji Omar dalam kajian beliau, “Mettaphos of Anatomy as a Reflection of Malaysia Cultural Belief,” dalam Jurnal Jendela Alam Jilid 1, 1996, bahagian anggota badan manusia paling banyak digunakan untuk membentuk kiasan.
Gaya dan bentuk bahasa kiasan yang halus bukan bertujuan untuk menghina, sebaliknya untuk menegur dan mengubah perlakuan masyarakat selain menjaga keharmonian masyarakat melalui penggunaan bahasa yang berkesan. Kiasan melambang pemikiran dan budaya masyarakat Melayu yang amat tinggi.
Buku Gaya Bahasa Kiasan: Penggunaan dan Keberkesanannya dalam Sajak (GBKPdKdS) karya Maniyamin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama pena, Nassury Ibrahim, mengemukakan penggunaan gaya bahasa kiasan dalam sajak. GBKPdKdS menyentuh sejarah dan perkembangan sastera di Malaysia, penggunaan dan keberkesanan gaya bahasa kiasan dalam sajak seperti metafora, personifikasi, simile, metonimi, hiperbola, sindiran, sinekdoki dan alegori.
GBKPdKdS yang menghimpunkan sajak yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia (HSM) sekitar tahun 1971 hingga 1989, melihat penggunaan bahasa kiasan dalam sajak-sajak karya sasterawan tersohor, dihuraikan berdasarkan lapan gaya bahasa kiasan. Antaranya sajak tersebut termasuklah Rakan Setinggan karya Sasterawan Negara A Samad Said, Ibunda karya Siti Zainon Ismail, Dalam Lingkaran karya Baha Zain, Semalu karya Zurinah Hassan, dan lain-lain.
Pengarang menghuraikan keberkesanan gaya bahasa kiasan dalam sajak dengan terperinci. Metafora ialah gaya bahasa kiasan langsung atau perbandingan yang menyebut dua hal tanpa menggunakan kata-kata perbandingan atau pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud lain daripada biasa. Metafora digunakan dengan berkesan dalam sajak Urir Char karya Abdul Hadi Muhammad. Misalnya,
air merempuh dari lantai
gelora menerpa lewat jendela
halilintar
mencengkam jeritan
'lantai' dalam sajak ini diberikan sifat gelora sebagai kiasan langit pada musim hujan. Langit yang dikelilingi tompok-tompok awan dimetaforakan sebagai 'lantai gelora' dan air membawa hujan keluar melalui jendela halilintar. Penyajak membayangkan halilintar sebagai jendela dan air pula menunggu masa untuk mengganas. Keganasan air tergambar melalui diksi menerpa. Perlakuan menerpa amat sesuai melalui jendela yang menggambarkan keadaan terdesak.
Pengarang juga menyentuh penggunaan simile, iaitu perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dan sebagainya) dan lain-lain. Simile banyak menggunakan kata-kata perbandingan dan juga bersifat eksplisit seperti kata perbandingan bak, laksana, ibarat, tamsil, seperti, umpama, dan sebagainya. Situasi ini boleh dilihat pada sajak Dua Dunia karya Anis Sabirin. Anis Sabirin membandingkan pengembaraan yang jauh seperti roh sesat jalan dan seperti roh hilang tujuan. Misalnya,
begitu jauh pengembaraan
dari abad ke abad
dari benua ke benua
seperti roh
sesat jalan
hilang tujuan
mencari jalan pulang
Penggunaan sinekdoki turut dibincangkan oleh pengarang. Kata sinekdoki berasal daripada bahasa Yunani, iaitu synekdeshesthai yang bererti menerima bersama-sama. Sinekdoki terbahagi kepada dua, iaitu pars pro toto (yang menyebut sebahagian sahaja untuk menggambarkan keseluruhan) dan totum pro parte (menyebut kesweluruhan untuk menggambarkan sebahagian sahaja). Misalnya sajak Puisi Panjang untuk Mahathir karya Dinsman.
Sudah bertahun-tahun
kita menumpang
di bumi subur ini
Sajak ini dikategorikan sebagai penggunaan gaya sinekdoki pars pro toto. Ungkapan bertahun-tahun sebenarnya bermaksud beberapa tahun sahaja, bukan bermaksud menjangkau 100 tahun. Begitu juga dengan bumi yang bermaksud Malaysia, bukan bumi dalam erti kata yang sebenar.
Manakala sinekdoki pars pro toto pula diperlihatkan dalam sajak Kulontar Wajahku ke Luar Kota karya Kamil Muhammad. Misalnya,
kulontar wajahku
ke luar kota
di desa ini
kalinya
kehilangan dingin
hanyir dan hitam
Pengarang turut menyentuh penggunaan hiperbola, iaitu gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang hendak diperkatakan. Begitu juga dengan penggunaan personifikasi, iaitu pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau perlambangan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia. Misalnya, sajak Rakan setinggan karya Sasterawan Negara A Samad Said.
Rambutnya dijentik angin liar
guruh mula segar dan direnunginya langit gusar
...
rambutnya dijentik angin lagi
…
hujan pun mengamuk liar.
A Samad Said mempersonifikasikan angin dan hujan dengan memberikan imej tangan kepada angin dan perasaan kepada hujan. Angin diberikan sifat manusia melalui perlakuan dijentik.
Penggunaan alegori turut dibincangkan dalam GBKPdKdS. Alegori sebagai gaya bahasa kiasan yang berbeza dengan gaya kiasan yang lain. Hal ini demikian kerana alegori menjadikan sesuatu karya sebagai lambang untuk menerangkan sesuatu yang lebih mendalam.
Selain membincangkan gaya bahasa kiasan, GBKPdKdS juga mengketengahkan spesifikasi gaya kiasan dari aspek pembinaan, penggunaan dan keberkesanan gaya bahasa kiasan dalam sajak, dan perbandingan gaya bahasa kiasan yang terdapat dalam genre sajak di Malaysia. Buku ini turut mengupas secara ilmiah tentang perkembangan seni penulisan tanah air yang khusus kepada penghasilan sajak. Buku ini juga memasukkan permasalahan yang berlaku ketika berlangsung HSM yang menyebabkan sajak-sajak dicipta hanya kerana untuk memenangi hadiah dan bukan sebagai satu wadah perjuangan untuk tatapan masyarakat.
GBKPdKdS amat menarik dan sesuai dimiliki dan dijadikan rujukan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang menggemari kesusasteraan Melayu atau mereka yang berminat mendalami sastera Melayu, khususnya genre sajak, pelajar sekolah menengah, khususnya untuk mata pelajaran Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), pelajar institut pengajian tinggi, guru, pensyarah dan seumpamanya.
Siaran Dewan Bahasa, Ogos 2007
Selasa, 2009 Ogos 18
Puisi Dalam ICT
Penyair yang perasa tidak akan menulis puisi pujian-pujian atau rasa cinta bererotik tinggi. Mereka akan menulis puisi yang memuatkan perasaan dan pemikiran tentang sesuatu fenomena yang boleh dikongsi.
Senduduk tidak berguna lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Isnin, 2009 Ogos 17
Mengenang Jasa Pemimpin
Ahad, 2009 Ogos 16
Mati Bahasa
Adik Bercakap Tentang Bahasa
kata adik, ayah dan ibulah yang melayukannya!”
Khamis, 2009 Ogos 13
Feri Pulau Pinang
Rabu, 2009 Ogos 12
Sasterawan Negara Ke-10
Selasa, 2009 Ogos 11
Anakku Bertanya
"Abah, kenapa Teo Beng Hock mati
tengah malam di bangunan SPRM?"
Aku menjawab, "Sebab SPRM tu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
bukannya
Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Mati."
Dia termenung dan kemudian berkata,
"Abah jangan pergi ke sana, nanti mati."
Roti Tisu
Kisaran
Daripada proses ini terhasil pelbagai jenis kuih berasaskan tepun beras seperti ode-ode, lompat tikam, teri mandi (kepik hidung), puteri dua sebilik (tepung bungkus), buah gomok, tepung bokol, tepung talam, dan lain-lain.
Sibuk Sangatkah Guru Sekarang?
Sibuk sangatkah guru-guru sekarang, atau ....
Isnin, 2009 Ogos 10
Wasiat Raja-Raja Melayu
- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauaqn dalam negara dan ancaman luar.
- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Inilah pertama kali aku membaca Wasiat Raja-Raja Melayu. Rupa-rupanya ada raja-raja Melayu moden meninggalkan wasiat untuk kesejahteraan anak cucu dan negara, ingat hanya waadah sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun sahaja yang ada.
Oleh sebab adanya wasiat iru, menyebabkan aku tertanya-tanya sendirian: Mengapakah baharu sekarang wasiat itu dihebohkan. Mengapakah tidak didedahkan saat raja-raja Melayu mengalami 'penghinaan' oleh para politikus pada tahun 1990-an. Saat itu, tidak ada satupun imej raja yang bersih, sehingga bermula detik penghinaan itu, rakyat sudah hilang taat-setia kepada raja. Macam-macam tuduhan dilempar. Dikatakan bahawa raja-raja Melayu sekarang bukan pewaris sah takhta, membelasah rakyat, kompaun saman terhadap rakyat sehingga RM500.00, penculik kereta mewah, malah ada yang mengadakan majlis pertabalan raja baharu bagi menggantikan raja yang masih memerintah negeri. Tidak ada cerita baik tentang raja disiarkan oleh media massa pada saat itu. Mengapakah wasiat itu tidak dikeluarkan? Apakah raja-raja Melayu takut kepada Dr Mahathir? Atau, Dr Mahathir sebenarnya raja-raja Melayu?
Aku merasai seakan-akan wasiat ini tidak terpakai sepanjang pemerintahan Dr Mahathir selama menjawat Perdana Menteri. Dan sepanjang pemerintahan Dr Mahathir itulah, orang Melayu banyak kehilangan hak dan warisannya, terkorban dan dikorbankan. Malah hampir kehilangan raja-raja Melayu sendiri. Soalnya, kenapakah wasiat ini disimpan kemas tanpa dihebohkan?
Setelah berlaku krisis politik di Perak yang mencerminkan kedurjanaan pemimpin politik, barulah wasiat itu dihebohkan. Mengapa baru sekarang? Di manakah wasiat itu tersembunyi?
Tahniah kerana raja-raja Melayu mula mendapat RAJAnya. Raja-raja Melayu juga, khususnya generasi muda raja-raja Melayu, mulai berani menyuarakan haknya, yang selama ini dirampas songsang oleh pemerintah persekutuan. Kecuali raja Kelantan, raja-raja lain dipersetujui menghilangkan imuniti oleh menteri besarnya, dan sesiapa sahaja boleh menyaman raja.
Isu tidak menghormati kedaulatan raja dan menghina raja dimainkan oleh akhbar seakan-akan Pakatan Pembangkang yang menghina raja-raja Melayu. Saya sebagai generasi baharu yang turut menyaksi krisis kepercayaan terhadap raja dalam tahun 1990-an dan pasca-PR 12 menjadi keliru, siapakah sebenarnya penderhaka dan pengkhianat terhadap raja-raja Melayu.
Saya kagum membaca 7 Wasiat Raja-Raja Melayu itu. Dalamnya jelas membela kedaulatan rakyat dan kedaulatan raja dalam segala aspek kehidupan dan warisan. Telah diwartakan dalam wasiat itu perihal hutan simpan, tanah simpanan Melayu, kedaulatan raja sebagai pemerintah dan bahasa Melayu. Apabila dianalisiskan, kita dapati hal-hal yang diperikan itu, diceroboh dan dinafikan haknya untuk kekal berdaulat.
Saya ingin bertanya kepada Sahidan Kasim: Siapakah yang mewarwarkan sebilangan raja-raja Melayu bukan waris sah takhtanya? Saya ingin bertanya kepada Anuar Musa: Siapakah yang melantik raja baharu sedangkan raja sedia ada masih sihat memerintah? Saya ingin bertanya kepada Idris Jusuh: Siapakah yang menulis kata-kata 'nantang' pada sepanduk demontrasi UMNO yang merujuk kepada Sultan terengganu? Dan, kepada Kementerian Dalam Negeri: Mengapakah mereka yang terlibat itu tidak diISAkan? Bukankah mereka menghina raja dan menghasut rakyat membenci raja.
Malah, angkara siapakah menyebabkan kita kehilangan Pulau Temasik dan Pulau Batu Putih. Apakah mereka ini tidak boleh dicari dan diISAkan kerana melanggar Wasiat Raja-Raja Melayu?
Kepada raja-raja Melayu, besarlah harapan patik agar tuanku tidak terjerumus dalam mainan politik, baik mainan politik Pakatan Pemimpin, Pakatan Rakyat, Pakatan Penderhaka, mahupun Pakatan Media, agar rakyat terus memberi kesetiaan dan sistem beraja terus kekal di Malaysia. Jika tuanku berpihak kepada mana-mana kumpulan, atau bertindak tidak adil, adalah tidak mustahil rakyat akan bangkit meruntuhkan sistem beraja sebagaimana dialami oleh sistem beraja di negara Nepal.
W.S. Rendra

Mendengar cerita daripada Marzuki Ali, dan mendengar kaset Rendra mendeklamasi sajaknya, diam-diam aku turut terpanggil ingin menjadi seperti Rendra (kecuali masuk penjara). Pernah seorang penulis bebas dari Indonesia bertanya akan sebab aku berkarya. Aku menjawabnya kerana ingin membetul kepincangan masyarakat. Tentunya, jawapan aku itu dipengaruhi kehebatan Rendra yang membela masyarakatnya.
Memang Rendra seorang yang hebat. Sekali hidup selamanya dia hidup.
Pemergian Rendra, sebagaimana pemergian Pramoedya Anantar Tour, bukan sahaja kehilangan kepada warga Indonesia, malahan warga Malaysia (dan Asian juga) pun turut terasa kehilangan seorang seniman hebat. MENGENANG W. S. RENDRA
Ahad, 2009 Ogos 09
Anugerah Doktor Pembangunan Pertanian
Sabtu, 2009 Ogos 08
Nordin Mohd Top dan Dr. Azahari
Secara jujur, aku sebenarnya tidak bersetuju mana-mana pihak membunuh mereka berdua. Hal ini kerana kedua-duanya pakar membuat bom dan pakar strategi yang ditakuti oleh Amerika. Bertahun-tahun Malaysia dan Indonesia serta Singapura memburu mereka, namun sukar dipatahkan. Alangkah baiknya jika strategi itu dapat dikembangkan. Bukan untuk mernjadi penjenayah, tetapi sebagai ilmu untuk para tentera atau rakyat berdepan dengan musuh.
Yang pasti, Malaysia dan Indonesia telah bertindak membasmi ketakutan Amerika,. Dan kini, dengan kematian kedua-duanya, Amerika menjadi sangat berani untuk mengganas di Asia Tenggara.
Setelah sekian tahun dan setelah sekian banyak wang serta tenaga dibelanjakan untuk melatih mereka berdua, setelah terbukti mereka berjaya merealisasikan ilmu yang dipelajari, maka kita memburu dan membunuhnya. Secara halus, isyarat ini memberitahu bahawa awak jangan terlalu taksub terhadap sesuatu yang dipelajari kerana ketaksuban itu akan menjadi musibah kepada diri anda.
Pada pandangan saya, alangkah baiknya jika kedua-duanya tidak dibunuh. Alangkah baiknya jika kedua-dua orang ini dapat ditangkap hidup-hidup dan dibawa ke Malaysia. Kemudian, mereka berdua kita letak di suatu tempat khusus untuk mereka mencipta bom demi bom. Mungkin tempat itu dinamakan Makmal Bom. Ia dikawal ketat oleh polis dan tentera Malaysia yang terkenal dengan kecekapan mematah para demonstran aman.
Barangkali Malaysia akan beroleh manfaat dengan Makmal Bom itu. Setidak-tidaknya, Malaysia boleh menjadi negara pengeluar bom terbesar di Asia Tenggara. Mutu bom itu boleh diuji di Iraq melalui bantuan dan hubungan baik Malaysia-Amerika. Dan, Malaysia setidak-tidaknya akan menjadi besar-gagah yang digeruni dan ditakuti Singapura. Mungkin, Singapura tidak akan memperkecil-kecil dan memperbodohkan Malaysia sebagaimana dilakukannya kini.
Isnin, 2009 Ogos 03
Setuju Akta ISA
Itu pada pandangan saya. Bagaimana pula pandangan anda?
Perhimpunan Mansuhkan ISA
Ahad, 2009 Ogos 02
Mimpi Bainun
Pada malam 21 Julai 2009 aku bermimpi: Ketika memandu aku menanyai dua orang rakan di belakang: "Sejak pindah, ada kau pergi ke Bainun (maksudku, IPGM-KTB)." Dua rakan menjawab, "Ada pergi sekali." Aku memberitahu, sejak pindah, telah beberapa kali aku ke Bainun dan tidur di sana.
penghijrahan diri terperangkap
dalam jerat petaka bangsa
di sini orang-orang hidup bertuhankan warna
sebak hatiku merindui mesra bainun
mengenang jawatan tergelincir waktu
kakak terkulai harapan guru
engkau balela warisan tuju
meragui hijrah membawa Syurga
kini ternyata aku misioner yang sia-sia.
24 Julai 2009
Rabu, 2009 Julai 29
Seminar Kekuasaan Raja
Selasa, 2009 Julai 21
Naik Tambang
Kenaikan itu pula berdasarkan perbatuan, bukannya pukal.
Ahad, 2009 Julai 19
Polis dan Penjenayah
Selasa, 2009 Julai 14
Siapa Henry Gurney?
Siapakah Henry Gurney sehingga sebilangan ahli sejarawan Malaysia, pihak keselamatan dan pemimpin mengagungkannya? Menurut Che Gu Bard, Henry Gurney ialah warga kelahiran British yang membesar dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka sahaja yang berdaulat. Semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British.
Sebelum bertugas di Malaysia, Henry Gurney merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin dari tahun 1946 – 1948. Keganasan beliau yang harus kita ingat ialah menjadi antara perancang yang membawa masuk bangsa Yahudi di seluruh dunia berkumpul di Palestin, khususnya yang berfahaman Zionis. Untuk itu, tanah Palestin dirampas untuk dijadikan tempat perlindungan Yahudi daripada kezaliman Eropah, khususnya Hitler. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney dan dengan kerjasama kerajaan British, Yahudi telah berjaya membentuk negara Zionis Israel lakhanatullah di Palestin. Kini, mereka sedang berusaha memperluaskan wilayah kekuasaan dan menghapuskan orang-orang Islam di Palestin dan tanah Arab.
Menghargai kecekapan beliau memperdaya bangsa Arab Palestin hingga berjaya menubuhkan negara Israel, maka Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.
Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan dapat memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dan menolak antiimperialis dengan harapan dapat mematahkan gerakan antipenjajah (kemerdekaan) oleh para pembesar, raja, ulama, wartawan dan guru, di Tanah Melayu.
Untuk itu, sejak September 1948, semua pejuang-pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan pelbagai cara. Mereka juga dicop sebagai pengganas kerana menentang kerajaan. Hal ini menyebabkan ramai pejuang kemerdekaan menentang penjajah dilabel sebagai komunis dan pengganas. Ada antara mereka terpaksa melarikan diri ke hutan dan berjuang sebagai gerila. Bagi memutuskan hubungan masyarakat dengan pejuang, kerajaan British memperkenalkan kampung baru (kem tahanan), sekatan jalan raya dan memusnahkan tanaman penduduk kampung.
Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dan memerangi pejuang. Ada guru agama yang menanam sentimen antipenjajah ditangkap dan dituduh terlibat dalam kegiatan pengganas.
Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilangannya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana–mana dengan kereta mewah berjenama Rolls Royce. Di atasnya berkibar bendera Union Jack (bendera penjajah).
Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya. Serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng. Isterinya yang turut berada di dalam kereta itu tidak dicederakan.
Barangkali kerana berjaya membunuh Henry Gurney, bekas-bekas tentera begitu marah kepada Chin Ping. Sedang mereka tidak pernah marah kepada Henry Gurney yang membunuh rakyat dan merampas tanah Palestin, mencemar tempat-tempat suci Islam dan membunuh pejuang-pejuang Melayu yang menuntut kemerdekaan. Dan lebih dahsyat lagi, tergamak mereka merai Henry Gurney sebagai hero yang harus diingati sebagaimana usaha mempamerkan papan tanda sebagai mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney. Kata-kata itu sebagaimana di bawah.
Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh S di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis.
Kata Che Gu Bard, ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah merakam sejarahnya kita salin bulat–bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Kita sedih dengan kematian Henry Gurney. Namun, tidak ada sebaris pun rasa sedih pada nasib yang menimpa Konstabel Mohd Din yang menjadi pemandu Henry Gurney. Malang sungguh, ahli sejarah, pihak berkuasa tempatan dan pihak keselamatan (polis dan tentera) tidak dapat menilai antara sejarah pejuang dengan sejarah penjajah di Malaysia.
Begitu kuat kesan penjajahan terhadap rakyat Malaysia. Walaupun lebih 50 tahun merdeka, ternyata minda segelintir rakyat Malaysia masih terjajah. Apakah kita perlu menghormati mata rantai penjajah ini? Kedua-duanya, Chin Peng dan Henry Gurney, adalah sama-sama penjenayah kepada bangsa dan negara Melayu.
Lu fikirlah sendiri.
Isnin, 2009 Julai 13
Sisir Linggi
Wanita Batek di Kampung Pasir Linggi
Setelah rambut disikat, sisir itu akan dipacak pada rambut di bahagian belakang kepada, sebagaimana dipacak pada sanggul oleh kebanyakan wanita.
Sisir Linggi bersama bekas panah beracun
Antara Rakan-Rakan di IPGM - Kampus Tuanku Bainun
Mantan KJ Jabatan Pengajian Melayu, Puan Zahariah Zainuddin, gemar memasak dan sedap.
Landak Albino
Sokong Mansuh PPSMI,
Telah banyak kajian dibuat oleh tokoh-tokoh, organisasi, NGO dan sebagainya yang mencapai lebih 2/3 memihak agar PPSMI dimansuhkan. Hanya kajian PAGE dan tanggapan Tun Dr. Mahathir, segelintir guru bahasa Inggeris dan bekas YB sahaja yang menyokong tanpa sebab yang jelas.
Saya kesal dengan sikap dan tindakan Datuk Sri Dr. Mahathir terhadap PPSMI. Beliau menjadi doktor tersalah ubat dan PAGE pula merupakan penyokong kebutaan matlamat. Dari segi sejarah, pendaulatan terhadap bahasa Inggeris bermula dari rasa kecewa Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed terhadap duta-duta dan pegawai diplomatik Malaysia yang tidak fasih dan tidak petah bersilat lidah di gelanggang bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan khidmat mereka mengikat tali persahabatan dan 'menjual' Malaysia gagal mencapai matlamat. Kehadiran mereka tidak sampai ke jantung hati masyarakat setempat. Maka tidak hairanlah negara Singapura lebih dikenali daripada Malaysia, walaupun Singapura sebesar jari telunjuk, manakala Malaysia segenggam tangan.
Dalam masa sama, berlaku masalah ketidakupayaan pelajar di sekolah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris gagal meningkatkan keupayaan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Anehnya, kerana kegagalan itulah kerajaan memberi imbuhan 10 % kepada mereka, manakala guru yang berjaya meningkatkan keupayaan pelajar dalam subjeknya mendapat putih mata dan tidak dihargai. Rupa-rupanya, kepincangan dan kemerosotan produktiviti adalah penting untuk meningkatkan sumber ekonomi dan opengiktirafan!
Daripada dua permasalahan itu, MT UMNO tahun 2002 di bawah Presiden Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed, dan kabinet (baca karbinet) Malaysia tahun 2002 di bawah Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed cuba mengatasinya dengan cara menginggeriskan segala pembelajaran dan pemerolehan ilmu Sains dan Matematik rakyatnya.
Barangkali inilah etika doktor-doktor Malaysia (baca doktor pencen) merawat pesakit dengan cara memberi ubat kencing manis kepada pesakit darah tinggi.
Tidak ada sesiapa yang menghalang sesiapa yang ingin mengajar dan meningkatkan bahasa Inggeris kepada sesiapa pun rakyat Malaysia. Malah mereka dialu-alukan mengajar bahasa-bahasa lain yang ada di muka bumi kepada rakyat Malaysia.
Yang dikesalkan ialah mengapa dipilih bidang Sains dan Matematik untuk diinggeriskan. Dua subjek ini, dan bahasa Inggeris, memang sudah terkenal menjadi barah orang Melayu. Melalui PPSMI, kelemahan orang Melayu dalam dua subjek itu ditindih pula dengan kelemahan bahasa Inggeris, menjadikan orang Melayu menghadapi dua kali lemah untuk menguasainya.
Pada tahun 1970-an dan 1980-an, sudah terbongkar bahawa ramai (hampir majoriti) mahasiswa-mahasiswa Melayu yang mengambil bidang Sains (kejuruteraan misalnya) di universiti tertentu di Malaysia gagal menghabiskan pengajiannya. Semuanya agara-gara bahasa Inggeris. Nampak kabinet di bawah pimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir mohamed tidak belajar daripada sejarah tersebut menyebabkan kita meragui ketulusan hati mereka untuk menolong orang Melayu. Jika diteruskan, projek PPSMI akan mengulangi sejarah hitam orang Melayu. Justeru, adalah wajar YAB Tan Sri Muhyidin memansuhkannya, dan Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed dikecam rakyat.
Lagipun, tidak semua pekerjaan yang kita lakukan memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris untuk mencapai tujuan. Ramai perniaga di Thailand yang saya temui tidak tahu berbahasa Inggeris, namun urusan perniagaan tetap berjalan lancar dan Thailand merupakan antara negara yang cemerlang industri pelancongannya. Jauh meninggalkan industri perancongan Malaysia walaupun pelbagai galakan dan iklan dilakukan di luar negara.
Kepada penyokong-penyokong PPSMI, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamed, alihkan sokongan itu dengan cara mencari cara meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain kepada para generasi sebagaimana dikehendaki.
Walaupun kita bimbang para generasi muda tidak petah berbahasa Inggeris, anehnya subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tidak ditawarkan kepada pelajar tingkatan enam, sebagaimana berlaku dalam tahun 1980-an. Dua subjek itu kian terhapus. Ada sekolah tidak menawarkan langsung subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (bawah KPM) kepada pelajar tingkatan enam. Namun, nasib bahasa Inggeris lebih baik kerana ia diselamatkan oleh MUET. Hanya nasib Bahasa Melayu yang masih belum terbela.
Hal ini perlu difikirkan juga kalau benar kita menyayangi bangsa dan negara.
Rabu, 2009 Julai 08
Mencapai Hasrat
Yang koyak ditampal
Yang kurang ditambah
Yang pendek disambung
Yang hak disempurna
Yang tiada dicari
Yang kotor dicuci
Hasrat dan cita-cita
NASSURY IBRAHIM
Selasa, 2009 Julai 07
Menjadi Bangsa Bijaksana
Wahai diriku, aku berpesan kepadamu. Apabila engkau menatap cermin, sepatutnya yang engkau nampak ialah dirimu, bukan diri orang lain, walau betapa cantik pun orang itu. Engkau tidak sepatutnya menyembunyikan segala garis dan warna dirimu dengan garis dan warna pilihan. Betapa cantik garis dan warna pilihan itu, ia tetap bukan milikmu.Demikian, kalau engkau mendapati bahasamu tidak sempurna, ia tetap menjadi bahasamu. Dan, betapa cantik dan sempurna pun bahasa Inggeris, ia tetap milik orang lain. Engkau tidak akan sekali-kali bertukar menjadi orang Inggeris. Hitam matamu tidak akan biru. Pun sawo kulitmu tidak akan putih. Adalah menjadi tanggungjawab engkau, wahai diriku, melengkapkan ketidaksempurnaan bahasamu itu. Diwarisi ia oleh anak dan cucumu hingga mereka jadi persis bangsamu. Baharulah benar kata Laksamana Hang Tuah, "Tidak Melayu hilang di dunia" dan engkau digelar bangsa yang bijaksana.
Isnin, 2009 Julai 06
IPGM / BPG Bukan Keluarga Mesra Anak
Ahad, 2009 Jun 28
Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Malaysia di IPT
Maklumat berikut ialah laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi (KSPBMIPT) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 (13.12.1989). Laporan KSPBMIPT ini berdasarkan pendapat 2320 daripada 2990 orang respoden. Mereka terdiri daripada pelajar seramai 1185 daripada 1700 orang, tenaga pengajar (630 / 710), pentadbir (190 / 250) dan siswazah (323 / 330). IPT terlibat ialah UM, UKM, UPM, USM, UTM, UUM, dan ITM (kini UiTM). Cuplikan aspek dan hasil kajian itu sebagaimana di bawah.
(A) MATLAMAT / TUMPUAN KAJIAN
- Untuk mengenal pasti kejayaan penggunaan bahasa Malaysia di IPT
- Untuk menilai mutu penggunaan bahasa Malaysia di kalangan pensyarah, pelajar & pentadbir di IPT
- Untuk menilai pencapaian penggunaan bahasa Malaysia dalam hubungannya dengan kerjaya siswazah yang lahir hasil daripada pendidikan bahasa Malaysia.
- Untuk mengenal pasti masalah-masalah penggunaan bahasa Malaysia, di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan pentadbir di IPT.
(B) CIRI-CIRI BAHASA MALAYSIA LISAN YANG BAIK
- Sebutan yang betul
- Tidak menggunakan bahasa pasar / loghat daerah
- Tidak bercampur dengan bahasa asing
- Bahasa indah yang sedap didengar
(C) CIRI-CIRI BAHASA MALAYSIA TULISAN YANG BAIK
- Ejaan yang betul
- Nahu yang betul
- Tidak bercampur dengan istilah asing yang masih belum diterima umum.
(D) SYOR MEMBAIKI TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA
- Pengiatkan usaha-usaha DBP dalam kerja-kerja terjemahan, penggubalan istilah, penerbitan buku, risalah, daftar sebutan dan ejaan
- Memantapkan pelaksanaan bahasa dengan menggunakan sepenuhnya dalam semua urusan rasmi di IPT. Kesalahan-kesalahan bahasa hendaklah dikesan dan tindakan tegas hendaklah diambil.
- Tanamkan semangat penggunaan bahasa Malaysia melalui pendidikan di Media massa, taklimat, seminar dan kursus.
- Pertingkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan tenaga pengajar dengan mengadakan kursus-kursus bahasa Malaysia dan seumpamanya,
- Pengambilan dan kenaikan pangkat pekerja di IPT didasarkan pada kemampuan berbahasa Malaysia.
- Penghayatan penggunaan bahasa Malaysia di kalangan ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin negara dan pegawai-pegawai atasan.
Selasa, 2009 Jun 23
Perak 2009
Badut-badut Sarkas dan seorang gembala
beraksi di gelanggang demokrasi
memburu tiga ekor anjing liar.
16 Jun 2009
Isnin, 2009 Jun 22
Pengkonsepsian dan Pemetaforaan Hati
IMRAN HO-ABDULLAH dan NORSIMAH MAT AWAL,
Si Pengait Hukum
setelah seharian kali gagal
memetik buah pilihan
si pengait hukum itupun
menukarkan
galah dakwaannya.
21 Jun 2009
Ahad, 2009 Jun 21
Semangat Tol
Ini ialah pondok tol terkini, terdapat di depan stesen kereta api Sentol. Mungkin ia pondok tol untuk parkir kereta di depan stesen tersebut. Mungkin jua ia pondok tol jalan ke stesen berkenaan. Yang menarik untuk direnungi ialah belum pun siap sepenuhnya laluan atau tempat parkir, pondok tol telah siap dibina. Ternyata, semangat mendapatkan duit mengatasi keperluan atau kepentingan lain. Adakah ini bentuk pemikiran kita sekarang?
Selasa, 2009 Jun 16
Menonton Wayang Pacak
"Tidur atas padang," jawab aku dan ibu percaya. Sampai sekarang, tiada seorang pun tahu, budak yang berlaga basikal dengan Makcik Munah itu ialah aku.
Isnin, 2009 Jun 15
Sokong KPLI 18 Bulan
Memang telah dikenal-pasti bahawa kelemahan guru melaksanakan P & P datang daripada kalangan guru lepasan KPLI. Hal ini terjadi disebabkan beberapa faktor.
Antaranya, pertama, opsyen yang ditawarkan di IPGM tidak sama dengan major / minor malahan kertas yang diambil semasa di universiti. Tinjauan terhadap 20 orang guru pelatih (GP) opsyen Pengajian Cina di IPGM-KTB pada tahun 2007 mendapati major dan minor mereka semasa di universiti ialah dalam bidang akaun, ekonomi, kejuruteraan, perniagaan dan komunikasi. Kali terakhir mereka belajar bahasa Cina semasa di tingkatan lima. Tinjuan terhadap 26 orang GP KPLI (Pemulihan Matematik / Bahasa Melayu) di IPGM-KKB pada tahun 2009 pula mendapati hanya seorang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik. Yang lain berkelulusan komunikasi, bio-teknologi, perniagaan, sumber manusia, penyiaran dan kejuruteraan. Adalah mustahil guru pelatih (GP) dapat menimba ilmu dalam bidang bahasa Cina, pemulihan Matematik dan pemulihan bahasa Melayu dalam masa singkat, sedangkan mereka akan mengajar subjek berkenaan.
Kedua, masalah cuti. Dalam masa setahun berkursus, GP akan menjalani praktikum dalam semester kedua pengajian, sekitar tiga bulan. Proses P & P berlaku dalam semester pertama pengajian, bermula pertengahan Januari – Mei atau Julai – Oktober, iaitu sekitar empat bulan. Sepanjang semester berkenaan terdapat pelbagai jenis cuti umum dan cuti rasmi IPGM. Jumlah cuti sekitar sebulan. Ini telah memendekkan masa pelaksanaan P & P.
Ketiga, kesibukan pensyarah. Ramai pensyarah IPGM yang menjadi kakitangan tidak rasmi bagi BPG, Kurikulum, Pen dan segala unit / bahagian yang ada di kemnterian. Mereka dipanggil bagi menyelesaikan kerja-kerja atau mesyuarat di pelbagai unit / bahagian, di samping menjalani pelbagai jenis kursus anjuran BPG / KPM dan IPGM sendiri. Ada pensyarah berstatus ‘tough N go’ kerana melaksanakan urusan BIG, ICT, KAP, KIA 2M, projek Rintis, Projek Pensiangan Salinatan, temu duga dan sebagainya. Ada sesetengahnya hanya berada di IPGM selama sehari atau dua hari dalam sebulan.
Keempat, aktiviti rasmi IPGM, BPG dan KPM. Aktiviti-aktiviti rasmi yang bersifat kolektif perlu dihadiri oleh GP dan pensyarah. Ada kalanya aktiviti itu memakan masa sampai seminggu. Misalnya, aktiviti BIG, ISO, mesyuarat, sambutan perayaan / perhimpunan, projek luar, aktiviti Gerko, seminar, sukan dan sebagainya yang menyebabkan kelas terpaksa ditunda. Berdasarkan empat faktor kekangan di atas, maka saya bersetuju tempoh kursus KPLI selama 18 bulan. Tempoh ini perlu juga diperluaskan ke peringkat universiti, khususnya bagi graduan yang mengikuti kursus Diploma Perguruan.
Ahad, 2009 Jun 14
Surat Terbuka Kepada Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyidin Yassin (1)
Saya menulis surat ini sebagai reaksi terhadap permintaan YAB Tan Sri tentang mewajibkan lulus bahasa Inggeris bagi graduan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Secara ikhlas saya tegaskan bahawa saya tidak bersetuju dengan cadangan itu, sebagaimana saya tidak setuju dengan program PPSMI. Saya bimbang, jika cadangan itu dikuatkuasakan akan menyebabkan berlaku keciciran dan membunuh mutiara negara.
Biarlah saya menceritakan sedikit pengalaman peribadi sebagai alasan sebab penolakan tersebut.
Saya berasal dari Kelantan, besar dan bersekolah di Terengganu. Sebagai orang Pantai Timur, kami lemah dalam bahasa Inggeris, walaupun tinggi akhlak. Keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP/PMR) saya mendapat gred 9 bagi subjek Bahasa Inggeris. Gred sama saya peroleh bagi SPM walaupun pada sijil SPM itu tercatat Pangkat Satu. Apabila saya melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan, saya hanya dapat pangkat 'lulus' untuk kertas Bahasa Inggeris. Dan, semasa di Universiti Malaya, saya hanya memperoleh gred D pada setiap semester bagi kertas Bahasa Inggeris.
Namun begitu, bagi kertas lain saya berupaya memperoleh banyak gred B dan gred A. Hasilnya, setelah keputusan dirumuskan, saya layak memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas Pertama. Pencapaian cemerlang ini tidak akan saya peroleh jika keputusan kertas bahasa Inggeris saya gred E. Dalam masa sama, ramai mahasiswa yang fasih bercakap bahasa Inggeris sekadar memperoleh ijazah kelas dua, kelas tiga dan am.
Hasilnya, saya dapat berkhidmat sebagai guru dan pensyarah, membimbing anak-anak bangsa. Kini, ramai anak-anak asuhan saya yang berjaya, berjawatan tinggi, berkelulusan tinggi dan bergaji tinggi.
Daripada pengalaman itu, saya sedar bahawa saya sangat lemah dalam subjek Bahasa Inggeris, tetapi pintar dalam subjek lain. Saya mampu berkhidmat kepada negara dan masyarakat dengan baik, tidak pernah menerima surat tunjuk sebab kerana gagal melaksanakan tugasan, dan setiap arahan saya (dalam bahasa Melayu) difahami, walaupun tidak betah bercakap bahasa Inggeris.
Jika sijil SPM saya 'dimatikan' awal-awal lagi kerana gagal subjek Bahasa Inggeris, bererti masa depan saya sudah gelap dan hancur di tangan kerajaan pilihan saya sendiri. Tanpa kelulusan SPM, apakah pekerjaan yang dapat saya lakukan? Syarikat manakah akan ambil saya sebagai pekerja. Atau, saya perlu melanjutkan kerja buruh kasar sebagaimana dilakukan oleh ayah. Tentunya, saya juga bercita-cita besar seperti anda semua. Saya ingin mengubah kemiskinan hidup yang diwarisi. Namun, tanpa kelulusan, apakah pekerjaan yang dapat melarikan diri daripada pelukan kemiskinan? Atau, apakah saya akan jadi penjenayah (perompak, peragut, pencuri atau pengedar dadah) kerana saya juga memerlukan wang.
Hal-hal yang sedemikian itu perlu YAB Tan Sri dan Kementerian Pelajaran fikirkan. Kita tidak tahu di manakah mutiara masa depan negara tersembunyi. Pelajar paling cemerlang dalam SPM tahun 2008, Sdr Mardiah, terdapat dalam cengkeram kemiskinan, tinggal bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, yang menjadi laluan para cerdik-pandai dan pembuat dasar kerajaan. Nasib baik beliau dapat meneruskan pelajaran hingga peringkat SPM dan kita dapat tahu sinar mutiaranya.
Negara kita juga pernah berbangga dengan beberapa orang genius. Dalam usia kanak-kanak mereka dapat menyelesaikan permasalahan subjek orang lebih dewasa daripadanya. Mutiara genius ini juga akhirnya terkubur disebabkan sistem pendidikan kita. Sekarang kita tidak tahu nasib Adi Putra. Adakah mutiara dirinya masih berkilauan, atau sudah terkubur menyusur genius-genius sebelumnya.
Saya amat berharap, Kabinet Malaysia, YAB Tan Sri (sebagai Menteri Pelajaran), Pengarah Pelajaran Malaysia dan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kira hal-hal di atas sebelum membuat keputusan. Janganlah anda mencipta mitos bahawa hanya mereka yang lulus bahasa Inggeris akan berjaya, sebagaimana diwar-warkan oleh Dr. Mahathir.
Memang saya sedar kepentingan bahasa Inggeris. Namun, walau sepenting mana sekali pun, ia tidak semestinya berguna untuk semua orang. Dan, tidak semua orang yang gagal menguasai bahasa Inggeris itu tidak berguna, 'dimatikan' sijil SPM miliknya dan menganggap mereka tidak dapat membangunkan negara ini.
Sekian.
Anak Sasterawan Negara Hina Tetamu Majlis Ayahnya
Episod yang memalukan itu berlaku dalam sesi kedua semasa soal-jawab terhadap pemakalah A. Halim Ali. Seorang peserta, yang juga tetamu dari Makasar (Sulawesi) yang bangga dengan sumbangan Arena Wati, bertanya tentang perihal tiga hujung yang menjadi falsafah dan amalan orang Bugis di perantauan. Tiga hujung tersebut ialah hujung lidah (lisan), hujung pena (senjata) dan hujung kemaluan (zuriat). Apakah ada kombinasi penggunaan tiga hujung ini terpancar dalam karya Arena Wati, khususnya dalam karya Endan Gulingku.
Belum sempat A. Halim Ali menjawab, anak lelaki Arena Wati yang datang bersama ibunya, Puan Halimah, dengan wajah bengis dan tangan baju bersising ke pangkal bahu, memaksa si bertanya, juga keturunan Bugis Makasar, datang ke depan dan bersujud di kaki ibunya, Puan Halimah.
Episod yang saya sangka gimik atau demonstrasi tiga hujung itu benar-benar serius hingga Puan Halimah sendiri terkejut. Dengan wajah bengis, si anak memberi amaran agar si bertanya keluar dewan dan tidak datang lagi. Sikap si anak itu cuba ditenteramkan oleh Dr Ibrahim Ghafar dan Prof. Dr. H. Zainuddin Taha, dan disaksikan oleh semua peserta seminar.
Terpanggil dengan tingkah biadab anaknya itu, Puan Halimah bangun mententeramkan kehairanan para peserta. Secara ikhlas, beliau meminta maaf daripada penganjur dan pemakalah serta merayu agar para hadirin tidak ikut rasa marah. Jelasnya, perkahwinannya dengan Arena Wati adalah untuk menghubungkan silaturahim melalui jambatan sastera antara dua bangsa yang berdekatan yang sedang menghadapi permasalahan sama ketika itu, iaitu penjajahan.
Sebelum itu, dalam tayangan video, Puan Halimah memberitahu beliau menetapkan empat syarat apabila dilamar oleh Arena Wati. Empat syarat tersebut ialah Arena Wati hendaklah sanggup meninggalkan keluarga dan tinggal bersamanya, sanggup menjadi rakyat (warganegara) Tanah Melayu, hidup bersamanya hingga mati, dan sanggup berbakti kepada Tanah Melayu.
Dalam masa Puan Halimah mententeramkan kehairanan hadirin, si anak bersemuka dengan si bertanya di Bilik VIP. Kini Si bertanya dipaksa pula sujud di kaki si anak. Peristiwa ini juga ditenteramkan oleh Dr. Ibrahim Ghafar dan Prof. Dr. H. Zainuddin Taha.
Akibat tragedi yang memalukan itu, semua tetamu khas dari Sulawesi, yang khabarnya mempunyai pertalian keluarga dengan arena Wati, telah memulaukan majlis pada sesi petang dan hari berikutnya. Khabarnya, sebahagian daripada mereka bertolak ke Kedah bagi mengikuti program Gapena.
Semasa membentangkan makalah pada sesi petang (sesi ketiga), Dr. Nurhayati Rahman memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah sebagai tanda bangga masyarakat Makasar / Sulawesi terhadap Arena Wati. Mereka datang merai tokoh kebanggaan, di samping bagi melengkapi kajian etnografi tentang keluarga Arena Wati di Johor. Kerana rasa bangga terhadap Arena Wati, semua yang datang atas usaha dan biaya sendiri.
Saya mendapatkan pandangan tentang peristiwa itu daripada tetamu paling veteran dan selalu berkunjung ke rumah Arena Wati di Johor, Prof. Dr. H. Zainuddin Taha. Katanya, pertanyaan tentang tiga hujung oleh tetamu berkenaan adalah tidak salah, malah pertanyaan itu sebagai tanda mengangkat status Arena Wati yang dibangga-banggakan. Beliau sendiri berasa hairan, terkejut dan tidak tahu dimanakah silap yang menyebabkan si anak naik berang hingga memperlakukan tetamu majlis ayahnya sedemikian hina.
Peristiwa hitam itu ternyata memalukan sasterawan Malaysia, peserta seminar, penganjur dan keluarga Arena Wati sendiri. Kita juga tidak boleh menyalahkan pengerusi majlis mahupun penganjur. Ia bukti manusia adalah kerdil. Arena Wati yang dibangga-banggakan kerana mampu menghasilkan berpuluh-puluh karya (novel, cerpen, esei, sajak) dan berupaya mengingati sejarah diri, keluarga, bangsa (Bugis) dan leluhurnya (Makasar / Sulawesi), serta dengan sumbangan itu berjaya mengorang dan mensarjanakan ramai manusia, ternyata beliau gagal mendidik anaknya itu menjadi seorang orang (rujuk konsep orang dalam buku Konteks Sastera dan Budaya Melayu karangan Maniyamin Ibrahim).
Malah, dalam sesi lain, peserta dan beberapa orang pemakalah mula mempertingkaikan kewajaran Arena Wati diberikan Anugerah Sasterawan Negara sedangkan karya-karyanya tidak menjulang nama Malaysia. Yang dijulangkan dalam karyanya ialah leluhur tanah Sulawesi, Makasar dan Bugisnya. Pada adengan-adengan tertentu, imej Malaysia sering kali dikalahkan berbanding imej leluhurnya. Jika benar dakwaan mereka, mengapakah Malaysia memberi penghargaan terhadap orang yang ‘menghina’ rakyat dan negaranya? Justeru, tidakkah Malaysia juga boleh memberi penghargaan terhadap Chin Peng kerana Chin Peng juga merupakan pejuang menentang penjajahan British di Tanah Melayu?
Atas alasan apa sekali pun, saya fikir, manusia, lebih-lebih lagi beragama Islam, tiada hak memaksa manusia sujud di kaki manusia. Manusia hanya berhak sujud pada Tuhannya. Apakah ini citra Bugis yang dibangga-banggakan dan diwariskan oleh Arena Wati?
Bagi pihak sasterawan Malaysia dan rakyat Malaysia, saya memohon maaf kepada si bertanya dan rombongannya atas penghinaan yang menimpa anda.
Sabtu, 2009 Jun 06
Setahun Sebuah Sajak Mengungkap Autobiografi Penyair
SSS memuatkan sajak, sketsa dan esei. Daripada 41 buah sajak, 33 buah karya Leo A.W.S. dan lapan buah pula dihasilkan oleh para penyair, mengungkapkan rasa hati mereka terhadap Leo A.W.S.
Berdasarkan kumpulan sajak SSS dan kumpulan sajak sebelumnya, saya dapati Leo A.W.S. merupakan satu-satunya penyair Malaysia yang popular dalam kalangan pembaca, dan sekali gus menjadi bahan persajakan mereka. Sehingga kini, tiga kumpulan sajaknya turut memuatkan sajak-sajak yang dihasilkan khusus tentang Leo, baik oleh penyair terkenal tanah air mahupun penyair generasi baharu.
Sebagaimana judul, SSS menghimpunkan satu sajak setahun, bermula tahun 1973 - 2005, sebagai mewakili sekian sajak yang dihasilkan dalam tahun berkenaan. Menurut Leo, pilihan sajak sebagai wakil tahun berkenaan sebagai menggambarkan pengalaman peribadi penyair, baik semasa di kampung mahupun ketika di perantauan. Sekali gus 33 buah sajak dalam SSS yang disusun secara kronologi merupakan catatan autobiografi dan pemikiran penyair. Misalnya, sajak Simpang Tiga Ke Debak, Sarawak menceritakan pengalaman di Sarawak, Puisi Haji mengungkapkan pemikirannya setelah menunaikan ibadat haji, Malam Bulan Iraq meluahkan rasa marah terhadap pencerobohan Amerika di Iraq. Sebagai contoh, dalam sajak Bersama gugurnya Bunga Durian, Leo menceritakan latar kampung, keluarga dan pekerjaan mereka.
Pun musim ini
di sawah menguning
saja menanti ayah kembali
sayang ibu tidak bersama
kan menghidu wap
manis beras baru
dan ikan puyu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Leo A.W.S. sangat akrab dengan alam kampung. Membaca sajak-sajaknya saya rasa seakan-akan kembali ke kampung, bermain dan bermesra dengan alamnya. Saya yakin, demikian juga dirasai oleh pembaca lain hingga mereka mengungkapkan sajak khusus buat Leo A.W.S, baik menceritakan pengalaman bersama Leo mahupun memuji tindakan dan pemikiran Leo.
Selain Nahmar Jamil, perhatikan petikan sajak yang dihasilkan oleh RM @ (Rahimah Muda) dan Abdul Razak @ Rezeki Othman di bawah ini.
Kubaca puisimu kepada Che Azizah yang bersahaja
nanar jauh dari puisi-puisi abstrak kegemaranku
tak ramai penyair berani bereksperimentasi sepertimu
(RM @ Rahimah Muda, “Menyalami Bicaramu
Tentang Simile Che Azizah)
Puisi-puisi cinta Leo
sekalipun jadam perkasihan
tetap dihirupnya manis
(Abdul Razak @ Rezeki Othman, “Puisi-Puisi
Perkasihan Leo – Zah & Leo – Zuriat”)
Selain sajak, keistimewaan SSS kerana turut diwarnai sketsa dan gambar. Terdapat enam sketsa dihasilkan oleh Rossem dan 11 gambar peribadi penyair. Kesimpulannya, membaca SSS kita seakan-akan membaca biodata dan pemikiran Leo A.W.S itu sendiri. Sekian
Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Genre Kritikan
Apabila menatap nama saya sebagai pemenang HSPM, hati saya rasa gembira, terkejut dan sedih. Gembira kerana saya memenangi HSPM yang dianggap berprestaj, selepas Anugerah Sasterawan negara. Memang saya bercita-cita untuk memenanginya selepas kawan-kawan penulis telah memenanginya. Kemenangan Shamsudin Othman, Sahrulnizam, Sukri Abdullah misalnya, memberi kesan psikologi kepada saya. Malah, Shamsuddin Othman sendiri pernah menyindir, apakah saya tidak mahu memenangi HSPM apabila membaca sajak-sajak saya berkaitan 'kata bapak.' Kini saya bangga diri sendiri kerana biografinya tercatat HSPM.
Rasa terkejut pula kerana saya memenangi HSPM kategori kritikan. Menulis puisi merupakan genre pertama saya ceburi dan sepanjang hayat kreatif. Telah banyak puisi saya hasil. Malah, saya sudah ada sekitar empat kumpulan sajak: Cermin (1987), Menimba Laut (1996), Di Rumah Wiramal (2003), Peta Perjalanan (2006) dan Elipsis (2008). manakala kumpulan sajak Gelodak Rasa, Dongeng Bapak, Ruang Kota, Sajak Mini Kata masih dalam bentuk manuskrip. Atas alasan usia persajakan dan komitmen terhadap penciptaan sajak adalah wajar saya berangan-angan memenangi HSPM dalam kategori sajak.
Kritikan merupakan genre terakhir saya ceburi. Saya memasuki genre ini dengan serba kekurangan. Kurang tahu teori, kurang tahu teknik menulis, kurang ilmu kritikan, lemah penguasaan bahasa Melayu dan lebih-lebih lagi bahasa Inggeris, kurang pembacaan bahan global, kurang pendedahan dan sebagainya. Saya menceburinya dengan rasa keberanian hati: KALAU TIDAK DICUBA, BILA LAGI MAHU MENCUBANYA. Esei / kritikan saya juga sukar mendapat tempat siaran. Hanya belas ehsan kawan-kawan. Zaman Zaen Kasturi jadi editor Dewan Sastera tersiar satu esei dan dua kritikan. Selama Rozninah Aziz mengemudi Dewan sastera hanya satu itulah yang tersiar. Beberapa kali saya menghantar esei / kritikan selepas kritikan itu, tetapi, oleh sebab saya masih setahun jagung, terlewat makan garam, dan ubun-ubun masih lembut, saya akui esei / kritikan saya masih banyak lemah. Namun, saya optimis bahawa keberanian mencuba akan dapat mematangkannya. Dan, alhamdulillah, setakat ini buku esei kritikan saya yang diterbitkan ialah Citra Takmilah, Gaya Bahasa Kiasan, dan Konteks Sastera dan Budaya Melayu. Bakal menyusur buku Penyair dan Kepenyairan: Suatu Apresiasi.
Apabila A. Rahim Abdullah menawarkan agar saya mengulas sajak-sajak siaran Berita Minggu (sekitar awal 1990-an), pegangan itulah mendorong saya mencubanya. Ruangan Telaah Puisi dalam akhbar Berita Minggu menjadi medan saya mengasah minda. Ditambah pula dengan hasrat mahu meramai pengkritik dalam genre yang kurang diceburi ini. Visi saya mahu mahu menasionalkan karya dan karyawan marginal. Oleh itu, sehingga kini, saya telah membicarakan sajak-sajak penyair Mokhtar Taib, Leo A.W.S, M. Said Muharam, Imlan Adabi, Hilmi Rindu, Abdullah Ngah, Zahari Hasib, di samping A. Samad Said, Kemala, Amir Hamzah, dan Baha Zain. Kemenangan HSPM itu sangat mahal pada saya, dan merangsangkan.
Rasa sedih kerana genre kritikan tidak mempunyai ruang dan peluang yang luas kepada pengkritik memasarkan hasil kritikannya. Ruang penampungan sangat terhad. Akhbar tidak lagi berminat menyiar kritikan. Manakala, majalah Dewan Sastera, satu-satunya majalah yang masih menyiar kritikan dimonololi oleh pengkritik veteran dan mereka yang berstatus 'doktor falsafah.' Sering pula nama yang itu-itu juga. Malah, ruangan kritikannya juga tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada. Kekurangan ruangan penampungan hasil kritikan turut menjadi faktor kemiskinan para pengkritik dan hasil kritikan. Justeru, saya berharap: Alangkah baiknya jik ada banyak ruang dan peluang menampun hasil kritikan. Kekurangan ruang dan peluang itu amat merugikan sastera Malaysia. Memang ia amat merugikan. Namun, saya tidak menyalahi akhbar atau majalah kerana tidak dapat menyediakan ruang dan peluang kerana konsep mereka ialah berniaga dan untung.
Saya fikir, rasa sedih saya ini turut dirasai oleh semua pengkritik generasi muda.
Jumaat, 2009 Jun 05
YANG JAUH DAN DEKAT: Mengungkap Konsep Penduaan
berjuta wajah basah dan dingin
semua mengharap kepada yang Satu
Konsep penduaannya: pucat dan hening, basah dan dingin. Kedua-dua imejan bergabung dalam satu hasrat dan berharap pada satu kuasa, iaitu kuasa ketuhanan.
dan lupa yang dekat
sedang yang jauh adalah kelip
Sabtu, 2009 Mei 30
Melawat Sekolah dan Perkampungan Orang Asli Kaum Jahai
Pada 6 Mei 2009 aku bersama rombongan pelajar melawat SK Pasir Linggi, Gua Musang. Ini pertama kali aku ke sana. Muridnya tinggal di asrama dan sekali gus dijadikan sekolah. Sekolah asal sudah tiada, manakala sekolah baharu belum menjelma. Gurunya sekitar 10 orang. Namun sepanjang aku di sana, hanya sekitar empat orang guru sahaja yang ada. Yang lain berkursus, bermesyuarat dan sebagainya.
Garaj kereta dan Makmal Komputer Asrama dan sekali gus bilik kelas
Jarak dari persimpangan jalan Gua Musang – Kuala Krai ke sekolah sekitar 5 KM. Kalau tidak hujan, kereta dapat masuk sampai ke perkarangan sekolah.
Purata mereka mempunyai tiga buah rumah. Satu rumah konkrit. Mungkin bantuan kerajaan. Bersebelah
Satu nilai yang sangat bagus dalam masyarakat orang asli ialah ikatan keaslian (kekeluargaan) dalam masyarakatnya sangat kuat. Mereka hidup bersatu padu dan tidak gemar bergaduh. Keuntungan dikongsi bersama dan mereka sangat jujur.
En. Ibrahim (berbaju putih) bersama masyarakat Jahai
Adat budaya mereka yang utama ialah Sewang. Ada pelbagai jenis Sewang. Pada malam terakhir, rombongan kami dipersembahkan acara sewang oleh murid-murid. Mereka menyanyi sambil berjalan berentak mengelilingi bulatan. Aku turut bersewang, walaupun rentak badan dan kaki tidak menepati dan tiada seni.
Rabu, 2009 Mei 27
Selamat Kembali Chin Peng
Sabtu, 2009 Mei 23
Ibuku, Habsah
(Mengenang ibuku, Habsah)
Benih-benih pengalaman
yang kau tanam dahulu
sulurnya menjalar segar
ke dalam kebun waktu
kini
menggamit rinduku.
NASSURY IBRAHIM
Dahulu ibuku berkerja menanam padi sawah, sayur-sayuran, menganyam tikar dan menjaja. Kini ibuku menoreh getah dan menjual kain. Buku rekod menjualnya aneh. Hanya beliau sahaja yang faham. Betapa kecil pendapatannya, beliau dapat mengumpul wang dan menunaikan fardu haji.

Tanah itu terlibat untuk pembinaan sekolah. Ibu berusaha mendapatkan pampasan daripada Majlis Daerah Dungun. Yang diperoleh ialah herdikan dan ugutan daripada pegawai bertanggungjawab.
Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun
Oleh sebab takut didakwa, sebagaimana dinyatakan dalam surat, ibuku merobohkan rumah di tanah berkenaan. Tidak lama kemudian, Sekolah Kebangsaan Balai Besar dibina di situ. Tanah ibuku menjadi sebahagian daripada kanten dan padang sekolah.
Kini ibuku sudah tua. Ayah pun sudah mati. Aku tetap anggap tanah itu harta pusakaku. Jika perampasannya secara ihklas (tiada bayaran kepada mana-mana pihak dan telus), aku anggap tanah itu sebagai wakaf. Pahala wakafnya untuk ibu dan ayahku. Jika sebaliknya, ada unsur-unsur penyelewengan, aku anggap tanah itu harta pusaka aku. Tentunya aku tidak halal dan maaf pada mereka yang terlibat.











